Shuib akhirnya dedah rahsia kenapa tak nak join Sepahtu reunion

Shuib akhirnya dedah rahsia kenapa tak nak join Sepahtu reunion

 

Berikutan keputusan Shuib untuk memasuki Ubi Superstar Live yang juga dihadiri barisan pelawak terkenal seperti Fad, Ajak, Namie dan ramai lagi.

Ramai yang berprasangka Shuib mempunyai masalah dengan Sepahtu.

Dia juga berkata Sepahtu Reunion merupakan program paling best dia pernah buat. Menurutnya, dia ada sebab tersendiri mengapa dia tidak masuk Sepahtu Reunion.

Namun dia masih berkawan baik dengan Jep dan Rahim. Kalau ada rezeki dia akan hadir ke Sepahtu Reunion.

Namun dia ingin memasuki Ubi Superstar bagi mencuba perkara baharu. Dengan kawan baharu dan suasana baharu. Katanya lagi, dia tidak merajuk dengan Sepahtu tetapi buat masa ini dia tidak mahu masuk Sepahtu Reunion.