Shuib beli tembikai Jepun RM149 sebiji, sekali netizen komen buat Watie terkedu
Baru-baru ini, pelawak dan usahawan, Shuib berkongsi sebuah video di Tik Tok yang memaparkan dirinya membeli sebiji tembikai Jepun di sebuah pasaraya.
Menurut Shuib, meskipun saiz tembikai tersebut tidak terlalu besar namun harganya mencecah RM149 sebiji.
@shuibsepahtu Sape pernah rasa?
“Hari ini beli barang dapur, sahaja gatal tangan nak merasa tembikai Jepun. Sebesar ini berharga RM149,” katanya.
Malah, menerusi video sama, Shuib turut berkongsi komen mengenai rasa buah tersebut.
“Memang dapat rasa manis buah dan rasa tembikai asli. Kulitnya juga terlalu nipis. Rasanya juga manis. Patutlah mahal.
“Memang sedap tapi tak boleh beli selalu. Sekarang nak merasa sahaja boleh la. Kalau ada rezeki lebih, boleh cuba beli,” katanya.
Bagaimanapun, video perkongsian Shuib itu dicemari komen sindiran daripada seorang individu yang mengatakan isterinya, Watie Hanifiah tidak akan berpeluang merasai buah tersebut sekiranya dia tidak berkahwin dengan Shuib.
Tidak lama selepas itu, Watie tampil memberikan reaksi balasnya terhadap komen individu tersebut.
“Betul. Kalau tak kahwin dengan suami, memang sampai hari ini,saya tak dapat merasa makan tembikai ini.
“Sebab saya tak pernah teringin tapi kalau memang saya teringin, In Sha Allah saya mampu beli walau saya cuma kaya budi bahasa,” balasnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menunjukkan sokongan terhadap Watie selain turut menasihati orang ramai supaya berhati-hati bila berkata-kata.
“Sebab tu orang selaku cakap, lebih baik diam daripada bercakap perkara yang menyakiti orang.
“Hati-hati bila bercakap. Bila orang terasa, susah nak minta maaf dan susah nak dimaafkan.
“Penyakit hati ni. Bawa-bawalah muhasabah diri.
“Budi bahasa tu penting, baru orang minat,” antara komen-komen netizen.
Sehingga kini, video yang dikongsikan oleh Shuib itu telah meraih hampir 3 juta tontonan di TikTok.