“Sia-sia kami berkorban” – PAS Sabah

“Sia-sia kami berkorban” – PAS Sabah

PRN SABAH : Ketua Dewan Muslimat Pas Sabah, Norsah Bongsu kecewa apabila kerusi yang diberi laluan untuk calon daripada parti sekutu mereka masuk bertanding menjadi rebutan sekali gus manggagalkan strategi satu lawan satu mereka.

Dalam hantaran facebooknya, Norsah mempersoalkan mengapa MCA dan PBS tidak boleh mencapai kata sepakat untuk meletakkan satu calon selepas mereka beralah memberi laluan.

“Tapi atas dasar coalition ini dan keputusan parti kami…kami berkorban utk beri laluan kpd rakan parti lain. Tapi apa gunanya jika PBS dan MCA masih bertembung di situ.

1 lawan 1 yg kita persetujui tidak akan berlaku. Kamu mengingkari objektif coalition party². Dan kamu tidak akan menang!!”katanya yang ternyata kecewa dengan apa yang berlaku.

Katanya lagi, Pas sudah lama bekerja untuk DUN tersebut malah mempunyai ahli dari kaum cina.

“Kami PAS ada jentera, ahli dan cawangan. Setiap hari PAS turun bertemu rakyat. Malah kami ada ahli dari kalangan kaum Cina”,luahnya.

Dalam hantaran yang sama, Hapsah membayangkan untuk menarik sokongan partinya itu kepada parti dari gabungan mereka yang bertanding di DUN Karamunting.

“Kami akan menilai semula sokongan PAS kpd rakan parti yang bertanding di Dun Karamunting” tegasnya.

Pas menjadi perhatian banyak pihak pada PRN Sabah kali ini berikutan pendirian mereka untuk memberi laluan kepada rakan parti gabungan selepas tiada satu pun kerusi diperuntukkan kepada mereka.