Siap ada ‘result’ dari klinik, skandal Hafidz Roshdi hamil?

Siap ada ‘result’ dari klinik, skandal Hafidz Roshdi hamil?

 

Nama Athira Yuhada sering kali diperkatakan di media sosial selepas didakwa mempunyai hubungan sulit bersama pelakon, Hafidz Roshdi.

Baru-baru ini tular satu video temu bual Melodi bersama isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada selepas ditanya soalan-soalan panas oleh penerbit, Michelle Wee.

@melodiberapi

Andai Hafidz Roshdi berkahwin dengan Athira, nie ucapan padu Syuhada buat Pelakon Hafidz Roshdi 😥 #meloditv3 #panas #hafidzroshdidanathirayuhada #curang #panas #tumbuk #hafidzroshdi #tv3 #ceritaartismalaysia

♬ original sound – Melodi – Melodi

Kalau korang tengok video tu, penerbit itu bertanya kepada Shuhada mengenai ‘scanning’ yang dilakukan di sebuah klinik pada tahun lepas.

Kebetulan saya ada dapat maklumat *censor beep* scanning nama *censor beep* berlaku tahun lepas di satu klinik result menunjukkan beliau *censor beep*. You tahu pasal ini?.

Shuhada yang mendengar kelihatan terkejut dan bertanya dimana dapat bukti itu.

Hanya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu perkara si dia (Hafidz) dan si dia (Athira). Itu saja saya boleh katakan. Saya memang betul-betul berserah kepada Allah. Allah akan adili sebaiknya.

Menerusi ruangan komen, terdapat netizen yang mendakwa keputusan yang dikatakan itu adalah ‘orang ketiga’ hamil. Biar betul?

Bukan tu jer, ada juga yang mengatakan apabila lihat mulut Michele, dia seolah mengatakan yang ‘result menunjukkan beliau hamil’. Apa pandangan korang?

Walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada apa yang netizen dakwa itu benar ataupun tidak.

Apapun, semoga Shuhada terus kuat ya atas apa yang telah terjadi ni. Ramai yang support dari belakang.