“Siap hantar gambar selfie” – Baru sebulan bergelar duda, mesej Teuku Ryan mengurat wanita tersebar

“Siap hantar gambar selfie” – Baru sebulan bergelar duda, mesej Teuku Ryan mengurat wanita tersebar

 

BARU sebulan bergelar duda, pelakon Teuku Ryan dilaporkan sudah mula mencari pengganti selepas bercerai dengan Ria Ricis pada 2 Mei lalu.

Ia susulan ada pihak memuat naik bukti perbualan menerusi direct message (DM) di Instagram dipercayai di antara Ryan dan seorang wanita bernama Salma.

Menerusi mesej yang didedahkan akaun @lambe_danu, Ryan dilihat menghantar mesej kepada wanita berkenaan dengan menyatakan hasrat untuk berkenalan.

“Selamat berkenalan ya,” tulisnya.

size NP 1 - 2024-06-09T155301.724

Tidak terhenti di situ, perbualan di antara Ryan dan Salma diteruskan di aplikasi WhatsApp apabila pelakon itu bertanya sama ada nombor berkenaan adalah benar-benar milik wanita tersebut.

Kedua-dua mereka juga dilihat saling bertukar-tukar swafoto bagi menunjukkan wajah masing-masing.

Ryan sempat bergurau dengan Salma yang wajahnya kelihatan hodoh dalam swafoto tersebut.

Untuk rekod, Ryan dan Ria mendirikan rumah tangga pada 12 November 2021 dan pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Cut Raifa Aramoana, 2 tahun.

Bagaimanapun jodoh pasangan ini tidak panjang apabila mereka sah bercerai talak satu pada 2 Mei lalu.

Hak penjagaan anak mereka juga diberikan kepada Ria dan Ryan perlu membayar nafkah sebanyak 10 juta Rupiah atau RM2,900 sebulan.