“Siapa bagi kebenaran untuk jual?” – Bekas isteri DDNK pertikai penjualan rumah bernilai RM6.5 juta

“Siapa bagi kebenaran untuk jual?” – Bekas isteri DDNK pertikai penjualan rumah bernilai RM6.5 juta

 

Kecoh sekitar September lalu apabila seorang pakar saham negara yang popular dengan tagline ‘Tak handsome tak apa janji kaya’ mengumumkan perkahwinan beliau bersama seorang anak dara berusia sekitar 20-an.

Pengumuman perkahwinan itu dikecohkan lagi apabila pakar saham ini memilih untuk bernikah di Thailand serta membuat majlis perkahwinan besar-besaran serta turut mendakwa berbelanja sekitar RM500,000. Malah, pasangan ini turut terpaksa mengeluarkan kenyataan memaklumkan isteri terbaru beliau berkahwin bukan disebabkan wang.

Terbaharu, disangka isu rumah tangga sudah selesai, Atielia De Sams selaku isteri pertama pakar saham ini tampil berkongsi di Facebook menyoal tindakan bekas suaminya yang bertindak untuk menjual sebuah rumah banglo 8 bilik tidur serta 9 bilik air berkeluasan 18,018 kaki persegi di Putra Hills, Bandar Seri Putra, Bangi.

Menurut wanita ini, beliau sudah kaveat tanah ini serta tidak bersetuju rumah bernilai RM6.5 juta ini dijual. Bukan itu sahaja, beliau juga turut menyoal bagaimana tanah yang dikaveat boleh diiklankan untuk dijual.

Perkongsian yang dibuat menerusi Facebook turut mendapat respon yang pelbagai di kalangan netizen. Malah terdapat netizen yang mempunyai ilmu dalam bidang hartanah turut berkongsi pendapat mereka.

Difahamkan tanah yang dikaveat tidak dibenarkan untuk dijual dalam tempoh 6 tahun. Sekiranya mahu dijual juga maka perlu mendapat persetujuan bertulis daripada individu yang mengkaveat tanah tersebut.

Dalam erti kata lain, perlu membuang kaveat tanah tersebut terlebih dahulu sebelum memilih untuk membuat penjualan serta pindah milik.

Berdasarkan semakan kami di laman iProperty, rumah banglo moden bernilai RM6.5 juta ini masih lagi diiklankan.