Siapa mantan ketua pngarah SPRM yang didakwa terlibat dlm syarikat MyezyCover melalui dana RM200j daripada PERKESO?

Siapa mantan ketua pngarah SPRM yang didakwa terlibat dlm syarikat MyezyCover melalui dana RM200j daripada PERKESO?

PERKESO/SOCSO BAGI DANA RM200 JUTA KEPADA SYARIKAT YANG MASIH BELUM AUDIT WALAU SATU KALI!

Semalam, sahabat aku, Warren Buffet Subang Jaya, Zaiful Zamri (Bampoi) tunjukkan aku satu berita yang agak menarik untuk aku memberi komentar. Nama projek tersebut adalah MyezyCover milik sepenuhnya A Tech Insure Sdn. Bhd.

Bampoi ini co-Founder Carver.my (www.carver.my) yang sudah lebih setahun membangunkan perniagaan insuretech/takafultech tanpa apa-apa dana daripada kerajaan atau agensi kerajaan. Tentang Carver, rujuk komen di bawah.

Aku pun godek-godeklah pasal syarikat A Tech Insure Sdn. Bhd. yang baru sahaja didaftar pada 30/4/2021. Aku telah membuat carian SSM di Interepo (www.interepo.com) untuk mendapatkan maklumat lanjut siapakah di sebalik syarikat yang baru ditubuhkan tetapi telah diberi dana sebanyak RM200 juta! RM200 juta!

Dalam rekod SSM, 2 orang pengarah di dalam syarikat tersebut adalah :

1. Tan Sri K. Ravindran Kutty Krishnan (co-Founder ARA Group)

2. Tan Sri Abu Kassim (ex-DG SPRM)

Pemegang saham utama adalah :

1. Mamita Global Sdn. Bhd. – 25% @ RM 1.25 juta (Syarikat yang baru didaftarkan tahun lalu dengan paidup RM1 juta yang dimiliki oleh seorang sahaja individu bernama Ruzita binti Mohd Nor)

2. Tan Sri Ravindran – 20% @ RM1 juta

3. Datuk Suresh Kumar – 20% @ RM1 juta

4. Puteri Nor’alaina Nohudin -20% @ RM 1 juta

5. Datuk Shanmuga Indran – 15% @ RM750k

Aku berasa pelik bagaimana 2 orang wanita Melayu boleh masuk ke dalam kartel MIC dan ada sejumlah wang yang besar untuk membayar paidup berjuta ringgit. Jadi aku run-lah SCRUT ANALytica untuk mencari kaitan diantara mereka.

Mula-mula aku menjumpai mereka semua ini menggunakan 1 cosec yang sama. Aku percaya ia bukan kebetulan. Selepas itu, data menunjukkan mereka berdua ialah partner (mungkin proxy) kepada Datuk Suresh Kumar! Setel.

Rasanya ramai dah maklum SOCSO/PERKESO mendapatkan dana daripada caruman para pekerja yang diWAJIBkan. Rasanya kalau ada pilihan lain, mungkin kita takkan pilih PERKESO/SOCSO ni. Servis mereka yang kurang ajar takkan aku dapat lupakan.

Aku pernah dikenakan waran tangkap disebabkan tidak menghadirkan diri ke mahkamah disebabkan saman PERKESO yang dia hantar ke address cawangan syarikat bukan ke alamat HQ syarikat menurut SSM. Hanya untuk mengutip RM200+ yang terdapat dispute daripada kami. Untuk memaksa kami membayar, mereka saman kami secara jahat.

Siapa masih ingat ketika pandemik, kerajaan memberikan subsidi bantuan gaji kepada majikan melalui skim Penjana dan lain-lain melalui SOCSO/PERKESO. Siapa yang jadi majikan mesti tahu, yang bantuan diberikan tu, kita tak boleh nak trace pun. Dia bagi seketul macam tu entah macam mana mekanisma dia yang kita tak boleh buat check & balance.

Hari ini korang dapat tengok yang PERKESO/SOCSO ni bermudah-mudah memberikan dana kepada sebuah syarikat baru yang takda pengalaman dan profile menjalan sistem takaful/insurance online. Yang lebih memeranjatkan, yang diumumkan RM100 juta tetapi di dalam SSM adalah RM200 juta! (Rujuk gambar di bawah.)

Kita semua sedia maklum yang PERKESO/SOCSO ini di bawah Kementerian Sumber Manusia yang menjadi potfolio menteri daripada MIC. Tak hairanlah projek ini dipenuhi oleh orang MIC dan proksi MIC. Yang lagi best terus boleh manipulate 1.6 juta penjawat awam dengan PM buat announcement!

Anak muda, rakyat marhaen yang buat startup-tech berhempas pulas, bermati-matian mendapatkan funding. Macam-macam syarat ketat diberikan dan due diligence dikenakan, kena audit, kena tunjuk sales/revenue, kena tujuk profit, forecast dan projection.

Puak yang ada tansri, datuk, dan duit dah berkepuk-kepuk pun diorang still nak tolong. Yang paling style, diorang ni tak payah pun audit, due-d dan lain-lain. Dia announce RM100 juta, dia bagi hah ambil RM200 juta! Pergilah meniaga..

Kesimpulannya, yang kaya terus dibackup, yang marhaen terus ditindas. Nak tanya ni? Kalau anak muda, startup, B40 dan M40 nak dapat funding daripada PERKESO/SOCSO ada cara ke?

Aku dah suruh Bampoi masuk MIC je!

;p

Sumber – FB Aliff Ahmad