Siapa yang tak kenal dengan pelakon popular Aida Khalida, pasti terkejut lihat keadaannya sekarang

Siapa yang tak kenal dengan pelakon popular Aida Khalida, pasti terkejut lihat keadaannya sekarang

 

Aida Khalida atau nama sebenarnya Khalidah Adibah Ahmad telah berpuluh tahun menjadi anak seni dan sangat berdisiplin serta dedikasi dalam perjalanan kariernya dari dahulu sehingga kini.

Jadi tidak hairanlah dengan bakat lakonannya yang sangat hebat di perdana seni menyebabkan beliau masih menerima banyak tawaran sehingga kini.

Dilahirkan pada 11 Ogos 1957 justeru mencipta nama sebagai seorang pelakon wanita Malaysia yang meraih zaman kegemilangannya pada era 1990-an.

Beliau pernah bertukar nama komersial sebanyak dua kali. Sejak tahun 1980, beliau memulakan kerja sebagai model dengan nama Aida Rahim, memandangkan Rahim adalah nama bekas suaminya dan pada tahun 2003 menukar nama kepada Aida Radzwill setelah berkahwin dengan Joe Radzwill dan terkini pada tahun 2010, beliau dikenali dengan nama Aida Khalida selepas beliau berpisah dengan Joe.

Selain itu, drama terbaru lakonannya yang sedang ditayangkan di kaca televisyen iaitu “Andai itu Takdirnya” telah mendapat sambutan hangat di kalangan penonton di Malaysia.

Andai Itu Takdirnya sebuah siri drama televisyen Malaysia 2023 arahan Jamal Khan bersiaran di Slot MegaDrama, Astro Ria bermula 6 Mac 2023 menggantikan Akira Khan.

Drama gandingan Aida Khalida bersama Syukri Yahya, Hanna Delisha dan Puteri Sarah Liyana menjadi pengubat rindu buat kita untuk melihat kehebatan lakonan Aida Khalida. Pelakon yang tidak asing lagi dalam dunia seni tanah air. Perwatakannya yang sopan dan percakapannya yang lemah lembut sinonim dengan watak yang sesuai dilakonkan sebagai seorang ibu.

Sejak 1992, lebih 50 judul filem, telefilem dan drama sudah dibintanginya dan masih mendapat kepercayaan pihak produksi sehingga hari ini.

Sepanjang pembabitan dalam bidang lakonan, Aida pernah dicalonkan untuk Pelakon Wanita Terbaik dalam Festival Filem Malaysia ke-11 (FFM11) menerusi filem Rimba Malam. Aida pernah dinobatkan Pelakon Wanita Terbaik (Drama) buat Anugerah Skrin 1994 melalui telefilem Kerana Kau.

Pada tahun sama, Aida juga meraih trofi Pelakon Wanita Terbaik (Drama) untuk Anugerah Seri Angkasa menerusi drama Tak Ingat.

Penghijrahannya kearah kebaikan sekitar tahun 2008 telah banyak mengubah gaya hidupnya hari ini. Pada usia 65 tahun, keanggunan serta kecantikannya tetap terserlah dalam kelasnya tersendiri. Sudah pastinya tanpa botox atau pembedahan muka yang agak popular pada masa kini demi memastikan kecantikkan sentiasa terpelihara.

Berkongsi mengenai rahsia keanggunannya, Aida memberitahu yang dia sangat menitikberatkan soal pemakanan yang sihat dan seimbang.

pelakon aida khalida
“Saya kurangkan makan. Kadang-kadang berselera cuma saya pastikan makan dalam portion yang kecil lebih kurang satu senduk nasi saja dan akan makan ulang-ulang (bila lapar)”, ujarnya.

“Saya juga banyakkan sayur-sayuran dan buah-buahan. Malah setiap kali lepas makan, saya amalkan minuman detoks. Dua sudu besar apple cider dicampur dengan segelas air,” tambahnya lagi.

Beliau turut berkongsi rahsia kecantikannaya lagi, seiring pertambahan usia, Aida turut melakukan rutin senaman seperti sit up dan push up dalam tiga kali seminggu.

Selain brisk walk demi menjaga kecergasan dan kesihatan tubuh badan.

Walaupun jelas kelihatan kedutan halus di raut wajah yang anggun, pesona dan aura Aida tidak pernah luntur. Kesopanan dan kemanisannya sentiasa memukau hati sesiapa yang melihat meskipun di usia 65 tahun.