Siapakah anak bekas CEO yang terpalit isu panas baru-baru ini?

Siapakah anak bekas CEO yang terpalit isu panas baru-baru ini?

Selepas dikritik hebat netizen susulan kontroversi melibatkan dirinya baru-baru ini, anak kepada bekas CEO Media Prima Bhd, Hawa Rizwana tampil membuat permohonan maaf di akaun Twitter miliknya.

Ini selepas perkongsian pengacara dan penyampai berita terkenal TV3  itu yang memaparkan dirinya sedang sakan berkaraoke dengan pakaian ketat baru-baru ini menarik tumpuan netizen.

Luang masa bersama peminat

Menerusi video yang dikongsikan di akaun TikTok milik Hawa, dia dilihat sedang sakan menyanyikan lagu popular Budak Flat, nyanyian Aman Ra. Difahamkan, video tersebut dirakam ketika Hawa sedang meluangkan masa dengan peminat.

Namun, apa yang menjadi bualan hangat netizen di ruangan komen adalah penampilan Hawa yang dikatakan memakai seluar terlalu ketat, sehingga ada yang berseloroh dan bertanya seluar adik siapa yang dipakai Hawa.

Walaubagaimanapun, di sebalik kecaman, ada segelintir netizen yang menegur dengan baik, dan mendoakan agar diberikan hidayah.