“Sila lah datang ke rumah Datuk Yusof Haslam” – Puteri Sarah bagi ‘greenlight’ Syamsul beraya bersama anak-anak

“Sila lah datang ke rumah Datuk Yusof Haslam” – Puteri Sarah bagi ‘greenlight’ Syamsul beraya bersama anak-anak

 

Pelakon, Puteri Sarah tidak menghalang suaminya yang juga seorang pengarah, Syamsul Yusof untuk berjumpa dua anak mereka sewaktu Hari Raya Adilifitri yang akan menjelang beberapa hari sahaja lagi.

Sarah beri greenlight

Menurut Sarah, dia terbuka menerima kehadiran Syamsul untuk menyambut hari raya bersama Syaikhul dan Sumayyah.

Malah, aktres turut mengalukan kedatangan suaminya itu ke rumah mentuanya yang merupakan ibu bapa Syamsul sendiri, Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail.

Raya saya dan anak-anak tahun ini seperti biasa, Insya-Allah. Kalau dia (Syamsul) nak datang beraya dan berjumpa Syaikhul dan Sumayyah saya tak kisah. Sila lah datang ke rumah Taman Melawati, rumah Datuk Yusof Haslam.

Saya akan beraya di rumah mentua dan kami akan pergi holiday sekali bersama-sama.

Sarah berkata demikian usai dia menjalani perbincangan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Perseketuan, pada Selasa.

Sementara itu, Sarah sempat menyampaikan ucapan hari raya kepada peminat dan orang ramai yang selama ini menyokong perjuanganya.

Terima kasih semua yang tidak putus menyokong dan mendoakan saya selama ini. Saya ingin ucapkan selamat Hari Raya kepada semua dan semoga urusan anda dipemudahkan.

Berikutan tiada lafaz cerai daripada Syamsul, prosiding yang dijadualkan berlaku pada 18 April akan diteruskan dengan laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) di Hakim Syarie Akmaluddin Ilyas pada 25 Mei depan.

Dalam prosiding terdahulu, mahkamah sama menetapkan 18 April untuk Syamsul atau nama sebenarnya Mohd Syamsul Mohd Yusof, 39, melafazkan cerai terhadap isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38,  secara baik

Mahkmah menetapkan prosiding lafaz cerai dibuat selepas peguam syarie yang mewakili kedua-dua pihak memaklumkan terdapat perkembangan baharu dan penyelesaian selepas didakwa wujud perbincangan antara mereka.

Pada 24 Mac lalu, selepas proses JKP berlangsung di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) Kuala Lumpu, dimaklumkan proses itu gagal menemui jalan penyelesaian.

Jelas aktres tersebut, tiada perkara yang perlu dirunding atau dibincangkan lagi memandangkan hatinya sudah tertutup untuk berdamai selepas nekad mahu bercerai.

Sebelum itu, pada 7 Mac lalu, pasangan tersebut diperintahkan oleh mahkamah sama, supaya melantik wakil JKP dalam kes permohonan perceraian mereka.

Hakim Syarie itu memerintahkan demikian selepas keengganan Syamsul untuk menceraikan isteri pertamanya itu.

Antara alasan dikemukakan Puteri Sarah selaku plaintif untuk bercerai ialah sudah tiada persefahaman dan telah berlaku shiqaq (perbalahan berpanjangan) serta tidak lagi dapat hidup bersama sebagai suami isteri menurut hukum syarak.

Syamsul pula selaku defendan sebelum ini memaklumkan enggan menceraikan isteri pertamanya kerana yakin rumah tangga mereka boleh diselamatkan, selain masih menyimpan perasaan sayang terhadap Puteri Sarah.

Untuk rekod, Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata Syaikul Islam, 6, dan Summayah, 4.