Silibus syok sendiri KPM didakwa bunuh minat murid belajar

Silibus syok sendiri KPM didakwa bunuh minat murid belajar

Ni soalan murid tahun 4 dan 5, bukan soalan sekolah menengah. Ni Bab 1 lagi tau, awal-awal tahun lagi dah kena ajar.

Dengan masa belajar yang sedikit, subjek yang banyak, silibus syok sendiri yang tinggi dan padat, langsung yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran.

Yang jadi mangsa, anak bangsa kita.

Yang buat semua ni, goyang kaki dalam bilik ekon sana berbangga konon mereka la yang paling hebat, mereka yang paling betul, silibus mereka cipta paling baik dan bagus, sedang realiti macam nak mati cikgu nak memberi faham, macam nak sasau murid nak faham.

Silibus syok sendiri ini membunuh minat murid untuk belajar.

Ia pembunuhan kejam yang dibiarkan mereka yang ada kuasa untuk mengubahnya.

Anak-anak kita mula mati minat, hilang semangat, benci untuk belajar kerana hal ini.

Anak-anak ini benci, anak-anak ini gagal dalam subjek bukan kerana mereka tak mampu, tapi kerana percaturan orang atas sana yang ada kuasa menghancurkan mereka. Mereka menggagalkan anak bangsa sendiri!

Dan mereka masih membutakan mata. Paling kuat konon nak kaji, kaji, kaji, kaji, lepas tu sampai sudah tak ada penyelesaiannya.

Bila orang tegur, yang tegur tu diugut, dikenakan tindakan, diremeh-remehkan.

Satu perkataan untuk mereka;

GAGAL.

– MonMon, admin ke-3 CF. –

#MFS

Sumber – Facebook MFS