Sindiran ‘buat-buat berlaga’ penyokong muslimat Pas undang kecaman netizen

Sindiran ‘buat-buat berlaga’ penyokong muslimat Pas undang kecaman netizen

 

Sindiran seorang wanita penyokong tegar Pas yang bergambar bersama dengan Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor akhirnya dilihat ‘memakan diri’.

Dia pada mulanya berkata, wanita Pas tidak pernah menghulurkan tangan untuk bersalam dengan wajah hadapan atau ‘poster boy’ parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) itu.

Malah, ujarnya, penyokong wanita Pas juga tidak pernah sengaja terlanggar dengan Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) itu.

Sindiran itu dipercayai merujuk pada insiden terlanggar secara tidak sengaja antara Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan penyanyi Elizabeth Tan baru-baru ini.

“Walaupun kami suka MB kami tapi kami tak pernah sua tangan salam dengan dia (Sanusi) dan dia pun tak pernah sua tangan nak salam dengan kami.

“Buat-buat berlaga pun tak pernah. Sekian, nak habaq tu saja,” kata pengguna Facebook Mujahidah Solehah.

Walau bagaimanapun, hantaran itu kemudiannya hanya mengundang kecaman dan sindiran balas warganet termasuk mengingatkan bahawa pentingnya lidah dan jari juga perlu dijaga.

Bahkan, ada berpendapat penyokong PN terutamanya Pas sudah tiada modal untuk menyerang Kerajaan Perpaduan yang diterajui Anwar.

Tidak kurang juga berkongsikan gambar tokoh sekutu Pas iaitu Pengerusi PN dan Presiden Bersatu, Tan Sri Mahiaddin Yassin yang bersalaman dengan wanita.

“Kena jaga semua bukan bab bersalam saja. Mulut, lidah, mata, jari jemari, Tik Tok, baru sempurna iman dan disayangi.

“Tiada benda nak complaint, nak menghina maka bab salam pun bolehlah, dasar pembangkang lemah.

“Hanya dinsakau saja yang boleh salam dengan perempuan ni sebab walaun adibawang ada dalilnya.

Walauntit tak perlu pun sentuh-sentuh tangan untuk masuk neraka. Cukup dengan fitnah. Bahaya ooo,” demikian antara komentar orang ramai di media sosial.