Sinis!!! Transformasi 440 Ngo Islam bersama UMMAH menjadi error 404 didedah

Jiwa mudah ‘kalah’ para ‘Islamis’
1. Islamis yang dirujuk di sini adalah para pendokong PAS, kerana mereka mengaku mereka adalah ‘Islamis’ di Malaysia.
2. Bila berpartisipasi dalam demokrasi, para pengikut diajar bahawa “ini hanya sementara, demokrasi bukan untuk selamanya”.
3. Alasan ? Demokrasi bukan berasal dari Islam !, mereka berjiwa kalah, mereka tidak berusaha untuk ‘mensyura’ dan ‘menghikmah’kan demokrasi.
4. Bila mereka mendapat ‘sedikit’ manfaat dari demokrasi ‘tempang’, mereka pertahankan pula demokrasi ‘juling’ itu semahunya, kerana mereka berjiwa ‘kalah’.
5. Bila mereka berkawan dengan ‘si kafir’ DAP, mereka sangkakan si DAP itu sudah sampai ke makam ‘muallaf’, kerana jiwa mereka mudah kalah. Mereka seakan tidak tahu ada bab ‘berkawan dengan si KAFIR yang kekal dengan kufur’.
6. Bila mereka bergaduh dengan mana² pihak, mereka pun segera berhukum “mereka itu munafiq, itu kafir Harbi ” dan banyak lagi hukum, kerana jiwa mereka mudah kalah, jiwa yang mudah kalah tidak akan mesra dengan hujah !
7. Bila ada orang berkawan dengan DAP, mereka pun sangka ‘mesti jadi khadam DAP’, kerana mereka berjiwa kalah dan mereka sangkakan orang lain pun berjiwa macam depa.
Kalau Razman Zakaria ada hujah untuk membuktikan sebaliknya, silakan ! ….. Kalau nak terus tunjuk ‘cakap asal bunyi’ pun boleh saja dilayan.
Sumber : FB