Sinus semakin baik lepas operate, Zarina Zainuddin akui ada ‘repair’ hidung

Sinus semakin baik lepas operate, Zarina Zainuddin akui ada ‘repair’ hidung

 

Pelakon, Zarina Zainuddin mengatakan yang masalah sinus teruk yang dialaminya kini semakin baik selepas membuat pembedahan membuang cecair yang terkumpul di wajahnya sebelum ini.

Memetik laporan dari Gempak, Zarina mengakui yang sebelum ini dia tidak menyedari akan penyakit sinus yang dihidapinya sehingga mengalami migran yang sangat teruk.

“Alhamdulillah keadaan sinus saya semakin berkurang, cuma ada sedikit sahaja lagi di bahagian sebelah hidung yang tinggal

“Masa saya operate dan buka di bahagian hidung doktor dah buang cecair tersebut, tetapi katanya cecair itu akan bergerak. Migraine saya pun sudah semakin baik.

“Saya tak tahu langsung ada sinus, setahu saya anak saya yang Azal tu ada sinus. Masa saya pergi luar negara, cuaca sejuk sehingga buat hidung saya jadi gatal. Kemudian check doktor dia kata itu sinus,” katanya.

Ada betulkan hidung biar cantik sikit

Dalam menceritakan pengalaman melakukan pembedahan sinus, dia juga mengakui bahawa ada membuat pembedahan untuk hidungnya bagi kelihatan lebih cantik.

“Lepas saya bedah dan buang cecair tu saya repair la hidung saya sikit, tak ada la buruk sangat hidung saya. Saya ini pelakon tak akan nak biar muka tak cantik kan.

“Saya tak adalah ubah sangat hidung ini, kalau betul-betul buat baik saya tegakkan lepas itu mancungkan hidung ini,” ujarnya.

Tak hirau kata2 netizen

Dia yang tahu apa yang dilakukan mengakui tidak mahu mengambil tahu apa yang diperkatakan oleh netizen terhadapnya lebih-lebih lagi tuduhan mengatakan dia melakukan pembedehan mengubah muka.

“Lantak la orang nak cakap, nak kata saya buat muka ke apa ke, biarkan. Haters gonna hate, terangkan macam mana pun kalau dia tak suka sama juga.

“Saya ini pun dah tua, malas nak fikir pasal masalah. Nanti saya jadi orang gila layan manusia. Tak elok asyik nak marah dan dengki dengan orang. Kena selalu positif,” tambahnya.

Terdahulu, Zarina Zainuddin memaklumkan perlu membuat pembedahan akibat sainus yang dihidapinya. Dia yang kerap kali mengalami migrain disebabkan masalah tersebut pernah merasakan mahu menghentak kepala ke dinding disebabkan terlalu sakit.