Situasi dalam kapal tidak seteruk yang dicanangkan, saksi dedah cerita sebenar – “Kapten tak ugut..”

Situasi dalam kapal tidak seteruk yang dicanangkan, saksi dedah cerita sebenar – “Kapten tak ugut..”

 

Beberapa hari yang lalu, kecoh di media sosial seorang lelaki mendakwa dirinya serta keluarga hampir dihalau oleh kapten kapal penerbangan baru selepasnya anak menangis tanpa henti dan tidak duduk diam.

Bagaimanapun, beberapa dakwaan yang dibuat oleh lelaki terbabit hingga menjadi viral di media sosial disangkal oleh salah seorang penumpang pesawat yang sama.

Menurut individu terbabit, keadaan tidak seteruk seperti yang digambarkan oleh pengadu itu dan anaknya juga berhenti menangis setelah dipujuk oleh staf kabin serta memakai tali pinggang.

tweet netizen

Setelah anak lelaki terbabit berjaya dipujuk, seluruh penumpang pesawat tersebut sama-sama menepuk tangan sebagai tanda sokongan.

komen netizen

Malah, penumpang lain turut berkata bahawa kapten kapal terbang tersebut langsung tidak mengugut atau lelaki terbabit serta keluarganya keluar dari pesawat berkenaan.