Skandal & berkhalwat dengan anggota telah berkahwin, 339 pegawai polis ditukar tempat kerja

Skandal & berkhalwat dengan anggota telah berkahwin, 339 pegawai polis ditukar tempat kerja

 

Memetik laporan Bernama, sejak 2018 hingga Januari 2023 seramai 339 pegawai polis mempunyai masalah disiplin telah melalui proses pertukaran di seluruh negara.

Daripada 339 pegawai itu, seramai 294 pegawai ditukarkan ke Semenanjung, 25 pegawai ditukarkan ke Sabah dan 20 pegawai ditukarkan ke Sarawak.

Antara kesalahan dilakukan pegawai polis

Pertukaran tersebut dilakukan kerana didapati pegawai polis yang terlibat mempunyai masalah disiplin dan integriti serta melakukan kesalahan jenayah.

Pendedahan tersebut dibuat Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi menjawab soalan Ahli Parlimen Igan Ahmad Johnie Zawawi mengenai jumlah pegawai polis yang dipindahkan ke Sarawak.

Dalam jawapan bertulis yang disiarkan hari ini, antara kesalahan yang dilakukan pegawai yang ditukarkan ialah, mempunyai hubungan intim dengan pegawai polis yang telah berkahwin sehingga mengganggu keharmonian rumah tangga, ditangkap atas kesalahan berkhalwat dengan pegawai polis yang telah berkahwin, dan terlibat dalam kegiatan dan aktiviti tidak bermoral.

Pendedahan yang dibuat mengundang pelbagai respon daripada orang awam. Menurut netizen, pegawai yang terlibat perlu diberi hukuman lebih berat bukan hanya tukar tempat kerja.