Skandal REE di Kedah: Siapa So Lai Fat dan Huang Zhi Yi? Persoalan yang masih gagal dijawab Sanusi
Kecurian unsur nadir bumi (REE) bukanlah satu plot atau rancangan untuk memburukkan imej Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.
Skandal membabitkan eksploitasi hasil bumi yang dikaut warga China itu menggambarkan betapa teruknya kepincangan pentadbiran kerajaan negeri Kedah.
Ada bukti yang kuat dan tulen bukannya tuduhan kosong semata-mata. Apa yang tiada setakat ini ialah penjelasan sebenar Sanusi selaku Pengerusi Perbadanan Menteri Besar (MBI) termasuk isu dua pekerja dari China, So Lai Fat dan Huang Zhi Yi.
Namun, Sanusi seolah-olah menepis dengan mendakwa konon wujudnya plot memburukkan imejnya sedangkan majikan So Lai Fat dan Huang Zhi Yi yang masing-masing pemegang pas profesional adalah MBI.
Kecurian serta rasuah dalam isu perlombongan REE itu melibatkan khazanah alam semulajadi di Hutan Simpan Bukit Enggang, Sik.
Eksplorasi atau curi REE? Hanya yang tahu sepatutnya dan semestinya adalah Sanusi.
Ikuti ringkasan kes berprofil tinggi ini yang dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM):