Skim Takaful Pelajar Sekolah Malaysia, ketahui cara mohon dan kategori pelajar yang layak dilindungi
Kerajaan dibawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memperuntukkan perlindungan takaful pelajar secara percuma melalui Skim Takaful Pelajar Sekolah Malaysia (TPSM).
Takaful ini amat penting bagi melindungi kos-kos yang bakal ditanggung dikemudian hari sekirannya perkara yang tak diingini berlaku seperti kemalangan atau sakit kronik.
Perlindungan bagi takaful ini meliputi bukan sahaja waktu bersekolah atau pelajar memakai baju sekolah, ia juga termasuk waktu pelajar dimana mana dan setiap 24 jam sehari dan 7 hari seminggu.
Apakah Kelayakan Pelajar Yang Menerima Skim Ini?
Berikut adalah kelayakan pelajar yang boleh menerima Skim Takaful Pelajar Sekolah Malaysia (TPSM) ini :
- Warganegara Malaysia
Golongan pelajar yang terdiri daripada:
- Prasekolah
- Sekolah Rendah
- Sekolah Menengah
- Tingkatan Enam
Berapa Kadar Perlindungan Yang Boleh Dituntut?
Jumlah tuntutan boleh dituntut ibu bapa pelajar yang mengalami kemalangan:
No. | Jenis Tuntutan | Kadar Tuntutan (Jumlah) |
1. | Kematian akibat kemalangan | RM5,500 |
2. | Lumpuh berkekalan seluruh anggota akibat kemalangan | RM22,000 |
3. | Terpisah atau hilang anggota kedua-dua tangan, kaki, atau mata | RM11,000 |
4. | Khairat Kematian | RM1,500 |
5. | Tuntutan Elaun Tunai Hospital bagi setiap hari yang dimasukkan ke hospital kerajaan/swasta tidak melebihi 60 hari berturut-turut | RM25.00 sehari |
6. | Elaun Kerusi Roda | RM1,000 |
Aturcara Membuat Tuntutan Pampasan
Dibawah adalah langkah langkah untuk menuntut pampasan :
- Para ibu bapa wajib membawa dokumen berkaitan kepada pihak sekolah.
- Pihak sekolah wajib memuat turun borang tuntutan di pautan >> KLIK DI SINI
- Pihak sekolah perlu mengisi borang tuntutan tersebut dengan lengkap dan benar.
- Borang tuntutan dan dokumen berkaitan perlu dihantar ke mana-mana pejabat Cawangan Takaful Malaysia atau dihantar terus kepada:
Urusetia Tuntutan TPSM
Syarikat Takaful Malaysia Berhad,
Tingkat 19, Blok Utama, Menara Takaful Malaysia,
No. 4 Jalan Sultan Sulaiman,
50000 Kuala Lumpur, Malaysia.
*Nota : Setiap tuntutan harus dibuat dalam tempoh 30 hari dari tarikh kemalangan.