SKMM nafi keluar poster amaran larang orang ramai guna tanda pagar #SiBodohKauDengarSini
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menafikan pihaknya mengeluarkan sebuah poster berbentuk amaran yang meminta agar orang ramai tidak menggunakan tanda pagar #SiBodohKauDengarSini menerusi laman Twitter.
Dalam kenyataan pada Rabu, SKMM berkata, poster berkenaan yang tular di media sosial mengandungi kesalahan fakta yang direka-reka meliputi aspek hukuman dan akta yang digunakan ke atas individu yang melanggar amaran berkenaan.
“Pihak SKMM akan terus mengambil langkah-langkah yang wajar bagi membendung penyebaran maklumat tidak sahih,” katanya. – Bernama