“Sol dia dah ambik.. Andi pun dia nak usha ke?” – Puteri Sarah dedah ada individu ‘stalk’ IG Andi Arsyil

“Sol dia dah ambik.. Andi pun dia nak usha ke?” – Puteri Sarah dedah ada individu ‘stalk’ IG Andi Arsyil

Hati tak tenang bak kata Puteri Sarah apabila dia mendakwa ada ‘individu’ yang mencuba untuk mengintip teman dari Indonesia iaitu pelakon Andi Arsyil di Instagram.

Puteri Sarah dilihat meluahkan rasa hairan dengan tindakan individu terbabit yang gigih menerusi satu video yang menjadi tular di media sosial TikTok.

Kata Puteri Sarah, ‘individu’ itu kantoi memeriksa akaun Instagram milik pelakon filem Ketika Cinta Bertasbih itu sehinggakan Andi tampil melaporkan mengenai perkara tersebut kepada Sarah dan berasa hairan dengan tindakan tersebut.

@norainibasre

#binafshasweet #norainibasre #norainibasreshop #najeehahhq #minyakanginrollon #aromatherapy #puterisarahliyana #pakpandirdanlabuajaib #lumier #partnerbisnes #perfectmatch #andiarsyil

♬ bunyi asal – Noraini Basre – Noraini Basre

Dengar-dengar ada orang tu dia stalk. Dia stalk pelakon Indo tu kenapa eh. Kenapa nak kena stalk IG dia eh? Dia tak ada kena mengena dengan awak, dia ada kena mengena dengan saya.

Dia check IG orang tu, lepas tu orang tu (Andi) tanya saya..kok bisa check IG aku, kenapa sih?

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen seolah-olah mengetahui siapakah gerangan ‘individu’ yang dimaksudkan oleh Puteri Sarah itu.

 

Sol dia dah amik, si Andi pun dia nak usha ke? Betul-betul tak tenang hidup perempuan tu.

Terdahulu, muncul spekulasi yang mendakwa Puteri Sarah kini menjalinkan hubungan mesra bersama Andi yang juga usahawan dan pelakon di Indonesia.

Andi juga dirakam pernah menghadiri beberapa program hiburan yang menampilkan Puteri Sarah di atas pentas.