“Sol suka ke?” – Ira Kazar berang, bergaduh dengan netizen gara-gara pengat pisang

“Sol suka ke?” – Ira Kazar berang, bergaduh dengan netizen gara-gara pengat pisang

 

Video masakan yang dimuat naik di laman TikTok milik isteri kepada pengarah sensasi, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar, sekali lagi menyorot perhatian wargamaya.

Syamsul suka pengat pisang?

Ira Kazar

Terbaharu, Ira berkongsi menu masakan membuat pengat pisang dan tips untuk menjadikan pencuci mulut itu lebih sedap.

Bagaimanapun terdapat satu komen daripada netizen yang menarik perhatian Ira untuk membalas.

Menerusi komen tersebut, individu itu bertanyakan kepada Ira adakah suaminya, Syamsul menyukai pengat pisang yang dimasak olehnya.

Sol (Syamsul) suka pengat pisang ke?

Membalas semula komen tersebut, Ira memberitahu Syamsul bukan sahaja menyukai pengat pisang, sebaliknya menggemari semua masakannya.

Individu tersebut berterusan membalas komen Ira dengan mengatakan Syamsul sangat bertuah kerana tidak perlu makan nasi disebabkan isterinya hanya menyediakan pengat pisang itu.

Bagaimanapun, Ira menegaskan apa yang dia masak tidak akan dikongsikan terus pada hari yang sama dan ia sekadar konten sahaja.

Ini content. Bukan hari ini masak, hari ini terus post. Yih.

Sebelum ini, Ira pernah berkongsi beberapa resepi masakan kepada pengikutnya dan antara menu tersebut adalah sizzling yee mee, taucu sardin, bubur sum dan beberapa lagi.

@irakazar_

Pengat Pisang 🍌 #PengatPisang #MakanPetang

♬ original sound – Ira Kazar – Ira Kazar