Solat Jumaat: Jemaah dilayan mengikut kasta, di mana Menteri Agama???
Kepada Yg Berbahagia Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri, Menteri Agama yang ambo hormati dan sayangi. Bacalah.
Hari ini tak dapat tepis perasaan marah, kecewa dan hiba.
Ingatkan hari ini ada sinar Solat Jumaat. Pakai cantik-cantik, “prehh” motor dengan hati berbunga-bunga.
Bila sampai ke satu masjid, nampak pintu pagar besar masih terbuka, dan ada AJK Masjid 3-4 orang sambil memegang pintu pagar.
Waktu itu masih belum Azan Zohor.
Kelihatan juga 7-8 orang awam di depan pagar tidak dibenarkan masuk. Ambo melihat dengan pasrah, mereka menutup pintu pagar , merantai dan mengunci pagar tersebut selepas menafikan kami masuk. Mereka pun belah meninggalkan kami ke dewan solat tanpa berpaling lagi.
Situasi zalim dan hati kering begini bukan pertama kali sebenarnya terjadi. Tapi kerap, dan rata-rata. Cuma, hari ini agak melampau kerana…
Ambo pun sempat bertanya kepada ahli jemaah yg pusing nak balik apa yg diberitahu AJK terbabit?
“Kata depa, dah cukup 50 orang. Maka tak boleh masuk.” Sambil brader tu beredar pulang dengan motornya.
Ambo pun turun dari motor. Parking. Niat dalam hati. “Tak apalah tak dapat solat. Nanti solat zohor sahaja di rumah. Tapi nak dengar khutbah Jumaat sahaja ambil berkat”.
Baru hampar sejadah di tepi pagar, tiba-tiba hadir satu Vellfire hitam yg bukan kaleng-kaleng gayanya. Keluar sesusuk individu berumur bersama seorang pengiring umur pertengahan. Sampai ke pagar, Ambo sempat cakap “tak dapat masuk. Dah penuh.” Pengiring tersebut menelefon seseorang.
Dalam beberapa minit, kelihatan seseorang keluar dari masjid ke pagar sambil menjawab telefon. Ya, dia menjawab panggilan pengiring tersebut. Dia terus memberi isyarat “tunggu”, dan kembali ke dewan solat. Lelaki dan pengiring masuk kembali ke Vellfire tersebut.
Selang beberapa minit, kelihatan seorang AJK muda berjubah kelabu bergegas berlari anak ke pagar. Membuka kunci dan membuka pagar utk laluan Vellfire. “Alhamdulillah. Boleh tumpang masuk sekali” Bisik hati ambo. Apabila kami yg 4-5 orang yg ada di pagar nak masuk, kami ditahan AJK tersebut kata “Tak boleh”. Sewaktu tu, terdengar driver Vellfire tersebut memanggil nama seseorang sambil melambai tangan. Rupa2nya salah seorang kami di luar pagar tersebut dia kenal. Diajaknya masuk ke seat depan. Lelaki tu masuk bersama Vellfire tersebut , dan pagar ditutup dan dikunci oleh AJK tersebut buat kali ke-2.
Ambo bertanya, “kenapa dia boleh masuk, dan kami tidak boleh?”
Kata AJK, “dia dah daftar nama”.
Seorang jemaah bertanya lagi, “Kalau dah tulis nama, sampai lambat pun boleh masuk?”
Jawab AJK, “ya”
“Mana nk daftar?” Tanya lagi kami.
Dijawabnya “Kena hubungi Imam. Korang semua tak de daftar kan?”
Belum sempat ambo tanya, kenapa “kenalan” driver yg tidak daftar pun boleh masuk, dan bagaimana dia tahu siapa daftar siapa tidak sedangkan tiada list atau apa2 buku di tangannya, dia dah blah masuk meninggalkan kami yg tidak berpuas hati.
Apa boleh buat. Masa duduklah ambo tercongok sambil berfikir kenapa negara Islam seperti Malaysia boleh jadi sezalim ini.
Yang buat ambo lagi kecewa, kebiasaan speaker di luar masjid di pasang. Boleh juga kami mendengar khutbah. Tapi hari ini zalim sungguh speaker tidak dipasang. Sengaja atau tidak, hanya Allah yg Maha Tahu. Hanya mendengar sayup-sayup suara yg kami menangkap di hujung telinga. Adakah mereka tidak mahu ahli jemaah yg dikunci di luar pagar ini mendapat sedikit barokah mendengar khutbah? Atau ini cara halus menghalau kami pergi?
Hakikat yg perlu kita terima sekarang ialah umat Islam tengah diporak perandakan oleh musuh2-Nya. Ketakutan kepada makhluk melebihi kepada Khaliq. Ketakutan dimarahi dan dibuang jawatan lebih besar dari dimurkai Allah swt. Solat sudah dijarak-jarakkan. Kosong. Tiada lagi silaturrahim. Seluas-luas masjid sudah disempitkan. Hak kaum Muslimin dinafikan. Bahkan mana2 kaum Muslimin yg berhimpun utk bersolat jemaah turut dihukum. Yang mana ada kuasa, ada harta, ada kontak rapat, maka dia diberi peluang solat. Biarpun sampai lambat. Tapi yg hadir awal? Disuruh pulang walaupun hadir terlebih dahulu!
Semua IMAM, AJK dan PEGAWAI2, hatta MENTERI dan KERAJAAN yg berkuasa, demi Allah, kami akan dakwa kamu semua di masyhar kelak! Jawablah kamu nanti di hadapan-Nya, di hari semua kaum pendosa, kaum sombong, kaum angkuh menjadi hina sehina-hinanya. Kami faham SOP, tapi kenapa SOP yg diguna sebagai hujah kami boleh “dicairkan” hanya kerana jawatan seseorang?
Masjid sebenarnya sangat luas. Kalau lah mahu ditutup dewan sembahyang kepada 50 orang yg “rapat” dengan Imam, lantak koranglah. Paling kurang, jangan kunci pagar dan layan kaum Muslimin lain macam anjing. Biarkan kami masuk, dan turut mendengar khutbah dan solat di parking-parking. Bukankah matlamatnya ialah penjarakan? Tidak bolehkah bahagian kosong tersebut digunakan? Tidak cukupkah dengan SOP pakai mask, ambil suhu, sanitizer, sejadah sendiri dan penjarakan 1 meter? Justeru, adakah shooping mall yg membenarkan ratusan dan ribuan pengunjung masuk bersesak-sesak lebih “bagus” penjarakannya dari Masjid? Jadi di manakah justifikasinya hai Imam, Ustaz dan Mufti?
Senakal-nakal, seteruk-teruk atau sejahat manapun anak jantan, hari Jumaat mahu juga dia bertandang ke rumah Tuhan untuk meratapi jiwanya yg penuh dosa dan dan menyembah Tuhan dengan penuh harap akan keampunan dari-Nya. Apakah kamu para Agamawan lebih mahu lelaki-lelaki dewasa Muslim hanya melepak makan dan minum di waktu solat Jumaat tanpa rasa bersalah? Atau remaja-remaja lelaki menghabiskan waktu jumaat mereka dengan bermain video game di HP? Atau anak2 kecil lelaki berhenti bertanya kepada bapa nya “Daddy, nak ikut ke masjid!” kerana beberapa kali permintaannya dijawab hambar “tak boleh sayang, ada Covid”.
Kalau pemimpin-pemimpin Melayu, Menteri Agama atau Agamawan masih bacul, pengecut, tak endah, tak kisah, untuk mendesak dan meminta HAK SOLAT JUMAAT ini diberi kepada semua kaum Muslimin, maka biarlah kami sahaja rakyat marhaen yg lawan. Kalau kaum lain dan bangsa lain boleh sebut sikit, sehingga MKN Majlis Keselamatan Negara dah menggelabah dan longgarkan SOP kerana depa, kenapa tidak boleh pula kita?
Celaka. Ya . Itulah istilah yg situasi umat Islam sekarang. Atas nama “norma baru”, Agamawan kita bukan sahaja patuh dan tunduk sahaja kepada arahan WHO, bahkan turut bersegera “menghalalkan” sesuatu yg haram atau syubhah tanpa memberi peluang kepelbagaian idea dan pendapat di kalangan kaum muslimin. Agama ini bukan milik Agamawan yg berjawatan sahaja. Ia adalah milik Allah, dan kami yg mempunyai syahadah berhak mempertahankannya.