“Solat pun curi-curi, ada yang tak sempat solat & makan pun”, luahan sedih pekerja kesihatan gara-gara isu pesakit dibiarkan lama tanpa rawatan dibangkitkan netizen

“Solat pun curi-curi, ada yang tak sempat solat & makan pun”, luahan sedih pekerja kesihatan gara-gara isu pesakit dibiarkan lama tanpa rawatan dibangkitkan netizen

 

Satu klip video yang dimuat naik menerusi akaun TikTok menjadi tular baru-baru ini yang memaparkan insiden kekecohan yang berlaku di sebuah hospital kerajaan.

Kejadian tersebut dikatakan berpunca daripada masa menunggu giliran yang terlalu lama untuk berjumpa dan mendapatkan rawatan doktor.

Difahamkan, ada pesakit yang mendakwa mereka ‘kena sidai’ dari jam 8 pagi hingga 7 malam hanya untuk menerima rawatan.

Isu ini turut mendapat perhatian Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa yang berharap agar orang ramai mempunyai perasaan empati terhadap petugas kesihatan yang sebenarnya telah bertungkus lumus dan bekerja keras tanpa henti untuk membantu serta memberikan perkhidmatan terbaik kepada mereka.

Seorang doktor perubatan, Dr Farra Diana (@FarraDiana_) menerusi akaun Twitternya turut mempunyai pandangan yang sama mengenai isu ini yang diluahkan melalui ciapannya berikut.

Namun, dalam ciapannya ini, beliau juga mengharapkan agar orang ramai menyedari isu kelemahan yang sebenar iaitu peranan dan tanggungjawab yang perlu dipikul oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Berikut adalah ciapan yang dibuat oleh Dr Farra Diana yang kini turut menjadi tular:

Doktor

“Kami bertugas MINIMUM 14 jam sehari dengan bayaran gaji minimum. Malah kami tak sempat pun untuk makan, solat pun ‘lari-lari’. Kadang kala ada yang terlepas waktu solat. Dengan jumlah tenaga kerja yang minimum, kami perlu merawat pesakit yang ramai.
Jika anda penat menunggu, kami lebih penat berganda daripada itu”.

“Jangan sesekali marah doktor dan jururawat atau mana-mana petugas kesihatan. Kami sangat penat. Kalau nak marah, lepaskan kemarahan anda kepada KKM. Gesa untuk tambah lebih ramai tenaga kerja, cari penyelesaian untuk tambah lebih ramai kakitangan.

Kami tahu anda sedang menderita, tapi kami juga sebenarnya turut terseksa ketika ini.”