Sophia AlBarakbah baik & manja, mungkin karakternya buat lelaki mudah jatuh hati – Aeril

Sophia AlBarakbah baik & manja, mungkin karakternya buat lelaki mudah jatuh hati – Aeril

 

Pelakon terkenal, Aeril Zafrel mendedahkan aktres sensasi, Sophia AlBarakbah merupakan seorang yang baik berdasarkan pengalamannya pernah bergandingan menerusi sebuah drama yang berjudul Tercipta Satu Ikatan.

Menurut laporan, drama tersebut merupakan karya pertama mereka digandingkan bersama malah turut dibintangi selebriti hebat yang lain seperti Hanna Delisha dan Izzue Islam.

Bukan itu sahaja, pelakon yang berusia 34 tahun itu juga memaklumkan Sophia juga adalah seorang yang manja dan disebabkan itulah mungkin membuatkan individu lain mudah jatuh hati dengan personalitinya.

“Bagi saya dia seorang yang baik. Dia pun manja, mungkin ada yang senang jatuh hati kerana karakternya. Itu pendapat saya lah.

“Sepanjang saya berlakon dengannya, kalau ada yang cepat ‘in love’ memang mudah jatuh hati. Mungkin kerana karakternya yang sebegitu. Dia juga seorang yang ‘soft spoken’,” ujarnya.

Memandangkan isu ‘cinta lokasi’ kini hangat diperkatakan, pelakon Aeril Zafrel juga tidak terlepas diajukan soalan mengenainya. Jelas suami kepada Wawa Zainal ini, dirinya lebih selesa berterus terang dengan setiap rakan gandingannya agar tidak timbul salah faham. Tambah Aeril lagi, ini kerana dia juga pernah disalah sangka mahu ‘try‘ seseorang pelakon wanita ketika di set penggambaran sebelum ini.

Macam Sophea, dia baik & manja dekat set…kalau orang yang cepat ‘in love‘, memang mudah tertarik dengan karakter dia

Malah, Aeril memberitahu dia lebih memilih untuk bersikap lebih terbuka kepada pelakon yang bergandingan bersamanya untuk menjaga batas masing-masing sebagai seorang pelakon.

“Biasanya saya akan berlaku ‘transparent’. Saya akan beritahu heroin, ia tidak lebih daripada lakonan dan komitmen semata-mata.

“Sebab sebelum ini pernah terjadi… saya ada dengar daripada rakan pelakon lain. Bila lupa nak beritahu hal tersebut, heroin mendakwa saya nak ‘try’ dia.

“Jadi macam tersalah sangka pula. Sejak situasi itu berlaku, saya lebih senang untuk berterus terang,” jelasnya lagi.