Spekulasi Ira Kazar hamil & tak bagi Syamsul jumpa anak-anak, kakak akhirnya terpaksa buka mulut

Spekulasi Ira Kazar hamil & tak bagi Syamsul jumpa anak-anak, kakak akhirnya terpaksa buka mulut

 

Belum reda isu kahwin senyap-senyap di sempadan Thailand, timbul pula khabar angin mendakwa Ira Kazar sedang hamil anak pertama.

Terdahulu pengarah dan penerbit, Datuk Yusof Haslam enggan ambil peduli mengenai perkembangan semasa wanita tersebut.

Bahkan setakat ini, dia tidak menerima apa-apa khabar daripada Syamsul yang mengesahkan keadaan isteri keduanya itu.

Seronok main ‘rolling ball‘ dengan ahli keluarga yang lain

Minggu lepas pula, Ira atau nama sebenarnya Faghirah Fatini Kazaruddin berkongsi video enjoy bermain ‘rolling ball‘ bersama ahli keluarganya di sebuah taman tema.

Netizen andaikan jika benar-benar mengandung, dia pasti tidak lakukan sebarang aktiviti lasak yang boleh mendatangkan kesan terhadap kandungan pertamanya.

@syahiraibrahim19

#foryou #irakaza #curangitupilihan

♬ Neon Blade(DJ版) (安小飞 Remix) – 安小飞

@syahiraibrahim19

Ha gitchuwww #foryou #irakaza #familykaza

♬ original sound – Puteri Sarah liyana – Puteri Sarah liyana

Ira tak bagi Syamsul jumpa anak…ingat suami dia hak milik kekal kot, padahal sebelum tu milik siapa?

Tiada angin tiada ribut, baru-baru ini kecoh pula isu Ira Kazar tidak benarkan suaminya untuk berjumpa dengan anak-anak.

Tidak pasti dari mana munculnya spekulasi berkenaan, namun ia jelas mengundang kemarahan penyokong Puteri Sarah Liyana seperti seorang pengguna TikTok ini.

Tegurnya, Ira tidak boleh menafikan hak seorang anak untuk berjumpa dengan bapa kandungnya.

Semua yang akak cakap ini fitnah tau…tak ada siapa mengandung atau tak bagi jumpa anak

Susulan tularnya klip tersebut, kakak sulung Ira Kazar terpanggil menjelaskan hal sebenar di ruangan komen.

Melor Kazar menafikan bahawa adiknya itu sedang hamil, mahupun melarang Syamsul berjumpa dengan anak-anak.

Dia turut menyifatkan tuduhan wanita dalam video itu agak melampau, sekali gus mahu ambil tindakan saman fitnah terhadapnya.