Kejadian pertelingkahan melibatkan 11 lelaki di sebuah homestay bertempat di Batu Pahat sempat mengejutkan ramai tempoh hari.
Daripada video asal yang tular, awalnya netizen mengecam tindakan keluarga ‘Baju Merah’ membantai kasar seorang lelaki (rider) meskipun jelas-jelas si isteri sedang cuba melindungi.
Kejadian pertelingkahan melibatkan 11 lelaki di sebuah homestay bertempat di Batu Pahat sempat mengejutkan ramai tempoh hari.
Daripada video asal yang tular, awalnya netizen mengecam tindakan keluarga ‘Baju Merah’ membantai kasar seorang lelaki (rider) meskipun jelas-jelas si isteri sedang cuba melindungi.
Pihak Baju Merah contact Cap & share apa punca
Tidak lama kemudian, seorang gadis selaku wakil pihak keluarga berkenaan tampil berkongsikan hal sebenar kepada Caprice.
Rupanya pertelingkahan terbabit tercetus setelah berlakunya teguran tentang bunyi bising, seterusnya diprovokasi oleh suami isteri berkenaan.
Padahal saat itu, mereka sedang seronok menjalankan family day sebelum kawasan berkenaan diceroboh secara tiba-tiba.

Insiden berkenaan turut menyebabkan kecederaan kepada kedua-dua pihak
Berusia antara 17-62 tahun, semua yang terlibat akhirnya ditahan polis atas atas dakwaan merusuh. Pergelutan tersebut juga katanya menyebabkan kedua-dua pihak pengadu telah mengalami kecederaan di bahagian kepala dan sekitar badan.

Kita rakam percakapan & tanyakan hal sebenar – Ketua Polis Daerah Batu Pahat
Laporan terbaru daripada Astro Awani pula, gadis yang sebelum ini menghubungi Caprice juga dipanggil oleh pihak polis untuk tujuan siasatan lanjut.
Berdasarkan penjelasan yang diberi ketika soal siasat, ia konsisten dan sama dengan maklumat dikongsikan bersama rapper berkenaan 2 hari lalu.
“Kita sudah panggil ahli keluarga tersebut apabila perkara ini keluar di media. Kita rakam percakapan dan tanyakan perkara sebenar.
“Berdasarkan rakaman percakapan, didapati percakapan dia (ahli keluarga) konsisten seperti apa yang dia cakap dengan Caprice.
Dakwanya lagi, mereka sekeluarga telah menempah inap desa berkenaan untuk aktiviti keluarga selama tiga hari dua malam.
Pada hari kedua mereka mengadakan aktiviti sukaneka menjadikan suasana ketika itu bising kerana masing-masing sedang berseronok dengan aktiviti bersama keluarga.
Bagaimanapun, mereka tiba-tiba ditegur oleh seorang pengunjung wanita kerana dikatakan terlalu bising hingga mengganggunya.
Sementara itu, Ismail berkata, siasatan kes berkenaan hampir selesai dan akan dirujuk kepada pengarah pendakwaan negeri.
“Kita percaya, kes tersebut berpunca daripada perselisihan faham. Satu pihak sudah sewa inap desa untuk hari keluarga, tetapi dalam masa sama masih ada pengunjung yang datang ke kolam mandi bersama anak-anaknya.
“Namun, pengunjung wanita berkenaan telah menegur bahawa terlalu bising hingga mengganggunya dan ketika itulah mungkin wanita itu keluar dan ‘call’ suaminya seterusnya berlakulah seperti apa yang tuan-tuan tengok (video tular) itu,” katanya.