SPR umum PRN Melaka berlangsung pada 28 November
Pilihan Raya Negeri Melaka ditetapkan pada 28 Nov, kata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Hari penamaan calon adalah pada 8 Nov.
Pengerusi SPR, Abdul Ghani Salleh berkata, sebanyak 28 pegawai akan dilantik bagi memantau keadaan semasa pandemik Covid-19 sepanjang tempoh pilihan raya berlangsung.
DUN Melaka dibubarkan 5 Okt lalu selepas empat ADUN Melaka, termasuk bekas Ketua Menteri, Idris Haron menarik balik sokongan terhadap Ketua Menteri, Sulaiman Md Ali yang menyebabkan kerajaan negeri pimpinannya hilang sokongan majoriti.
Sumber – FMT