SPRM umum lancar ‘perang’ terhadap Suruhanjaya Sekuriti

SPRM umum lancar ‘perang’ terhadap Suruhanjaya Sekuriti

Empat anak muda mewakili rakyat Malaysia telah membuat satu laporan berhubung salah laku dan jenayah rasuah oleh pengurusan tertinggi Suruhanjaya Sekuriti (SC) serta Ahli Lembaga Pengarahnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Laporan berkenaan dibuat sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kira-kira pukul 4.30 petang semalam di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya,seperti dilaporkan portal Utusan Online.

Menerusi laporan berkenaan, mereka mendakwa mempunyai bukti kukuh dan tidak menafikan salah laku ini turut membabitkan ahli politik yang berjawatan penting dalam kerajaan.

Wakilnya memberitahu, beliau mahu tindakan siasatan perlu disegerakan oleh pihak SPRM kerana banyak syarikat-syarikat di negara ini menjadi mangsa termasuk juga orang awam.

“Saya mahu SPRM segera menyiasat perkara ini. Kita tidak mahu integriti dan imej SC tercalar kerana isu integriti dan jenayah rasuah seperti ini,” katanya di sini hari ini.

Mengulas lanjut, kata beliau, sebanyak tiga kes akan dirujuk iaitu kes pertama melibatkan anak membabitkan pengurusan tertinggi SC yang turut mendapat jawatan tertinggi di dalam syarikat yang disiasat oleh SC dimana siasatan tersebut ditutup oleh SC.

Selain kata beliau, bagi kes kedua melibatkan konflik kepentingan ahli lembaga pengarah SC membabitkan saham bernilai RM28.2 juta yang mana ahli lembaga pengarah tersebut memiliki kepentingan di dalam syarikat yang mempunyai hubungan kerja dengan SC.

“Kes ketiga pula melibatkan pegawai-pegawai tinggi SC yang menerima rasuah sebagai balasan menutup kes siasatan SC ke atas syarikat awam yang melakukan kesalahan insider trading.

“Kami adalah rakyat prihatin yang ingin memastikan agensi-agensi kerajaan bersih dan tidak digunakan untuk tujuan peribadi dan terlibat dengan rasuah,” jelasnya.

Dalam pada itu, ditanya mengenai bukti dakwaan berkenaan, katanya, segala bukti-bukti berkaitan kes itu hanya akan didedahkan kepada SPRM sahaja.