Suami belasah, tamatkan riwayat isteri dengan tukul besi disyaki akibat cemburu

Suami belasah, tamatkan riwayat isteri dengan tukul besi disyaki akibat cemburu

 

Tatkala umat Islam sedang menjalani ibadah puasa dan menyiapkan persiapan menjelang Aidilfitri beberapa minggu lagi, tanpa disangka berlakunya insiden menyayat hati di Kampung Besol, Dungun.

Seorang wanita dilaporkan telah kehilangan jiwa, akibat ‘dibantai’ oleh suaminya dengan tukul besi sekitar jam 8 pagi tadi.

Sanggup tamatkan riwayat isteri disyaki akibat cemburu

Sebelum kejadian Rubiah Sabtu, 41 dilaporkan baru pulang ke rumah selepas hantar anaknya ke sekolah.

Sebaik tiba di rumah pasangan itu dilaporkan mula berkelahi, sebelum wanita itu cedera serius pada bahagian dahi dan muka.

Siasatan awal mendapati kejadian disyaki berpunca akibat cemburu, tetapi motif sebenar masih dalam siasatan.

Menangis melihat isterinya terbaring kaku di ruang tamu rumah

Suspek kemudian pergi ke rumah datuknya, sebelum beritahu kakaknya tentang kejadian tersebut.

Si suami kemudian balik semula ke rumah sambil menangis, susulan lihat pasangannya terbaring kaku di ruang tamu.

Suspek juga dilaporkan cuba meragut hayat sendiri kerana sangat ketakutan, tapi mujur sempat dipujuk ahli keluarga dan jiran.

Baru kahwin tahun lepas & dikurniakan bayi perempuan 6 bulan

Mereka turut memujuk suspek agar menyerah diri, sebelum dibawa ke Balai Polis Bukit Besi.

Pasangan berkenaan dilaporkan baru mendirikan rumah tangga tahun lalu dan dikurniakan seorang anak perempuan berusia 6 bulan.

Allahyarhamah Rubiah Sabtu adalah peniaga di kampung berkenaan, serta mempunyai 6 anak hasil perkahwinan sebelum ini.