Suami belum cukup umur, wanita kecewa malam pertama ditunda selama 3 tahun

Suami belum cukup umur, wanita kecewa malam pertama ditunda selama 3 tahun

Seorang wanita terpaksa menerima padah selepas membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga dengan remaja lelaki bawah umur.

Mengaku kecewa, wanita berusia 41 tahun itu terpaksa menangguh malam pertama selama tiga tahun bersama suami dengan yang baru dinikahinya itu.

Hal ini kerana, rumah wanita yang bernama Mariana itu dikunjungi oleh pihak berkuasa selepas majlis perkahwinannya tular di media sosial.

Kesannya, Mariana mendapat perintah tegas untuk tidur di bilik berasingan dengan suami kerana remaja lelaki itu baru mencecah usia 16 tahun.

 

kahwini remaja 16 tahun

Perlu menunggu sehingga umur suami mencapai 19 tahun, Mariana perlu bersabar selama tiga tahun sebelum dibenarkan untuk tidur bersama.

Melanggar undang-undang, pernikahan itu sebenarnya diatur oleh ibu kepada suaminya iaitu sahabat baik Mariana sendiri.

Berlaku di daerah Samba, Kalimantan Barat, Mariana juga boleh dikenakan tindakan atas tindakannya itu, lapor portal Tribunnews.

“Sebentar tadi ada pegawai, perlindungan anak, datang menemui kami. Saya diberitahu bahawa kami tidak boleh berkongsi tempat tidur.

“Perlu dipisahkan sampai Kevin (suami) cukup umur. Tidak boleh tidur bersama sampai Kevin berusia 18 tahun. Saya sedih,” katanya.

Difahamkan, perkahwinan itu telah disahkan melanggar undang-undang kerana Kevin belum mencapai had umur minimum perkahwinan di Indonesia.

Perkara itu disahkan Suruhanjaya Perlindungan Kanak-Kanak Indonesia (KPAI) dan Perkhidmatan Sosial di Kalimantan Barat yang menemui Mariana.

Wakil KPAI Kalimantan Barat, R Hoesnan meminta agar pihak polis bertindak tegas atas kes pernikahan bawah umur yang terjadi di negara itu.

Hoesnan yang khuatir berlaku sebarang paksaan dalam pernikahan turut memohon agar polis menyiasat kes Mariana dengan lebih terperinci.

“Jika ada paksaan dan pengabaian saja ini sudah masuk dalam ranah jenayah, akta 76 ayat 1, itu boleh dikenakan tindakan.” Jelas Hoesnan.

Bimbang sekiranya anaknya bakal turut dihukum, Ibu Kevin yang dikenali sebagai Lisa mencadangkan agar remaja bawah umur itu menceraikan Mariana.