Suami bengang tak dapat nikmat perkahwinan, isteri selalu tolak bila ajak ‘bersama’, masih dara walaupun sudah setahun berkahwin

Suami bengang tak dapat nikmat perkahwinan, isteri selalu tolak bila ajak ‘bersama’, masih dara walaupun sudah setahun berkahwin

 

Baru-baru ini, satu hantaran di Facebook telah tular selepas seorang lelaki yang juga merupakan suami kepada seorang wanita meluahkan rasa kecewa terhadap isterinya.

Perasaan kecewa itu mula hadir selepas si isteri sering menolak ajakannya apabila hendak ‘bersama’ serta menganggap isteri bersikap kurang ajar.

Bahkan, dia turut memaklumkan biarpun sudah setahun berkahwin tetapi isterinya masih lagi dara kerana enggan ‘bersama’ hingga membuatkan lelaki itu tawar hati.

Susulan itu, lelaki tersebut mahu bercerai dengan isterinya dan meminta pencerahan agar dia boleh memfailkan kes ini sebagai nusyuz ataupun tidak.

Hantaran tersebut meraih perhatian ramai, dimana rata-rata berkata salah untuk seorang isteri menolak ajakan suami jika dia mahu ‘bersama’ dan ada juga berpendapat wanita tersebut barangkali menghidap penyakit Vaginismus (kekejangan otot tak disengajakan di kawasan faraj).

Lelaki buntu minta pendapat netizen, 1 tahun kahwin isteri masih 'dara', selalu tolak bila ajak bersama sampai rasa nak ceraikan je