Suami berkeras & ugut jatuh talak, isteri kecewa 14 tahun kahwin tak pernah beraya dengan keluarga

Suami berkeras & ugut jatuh talak, isteri kecewa 14 tahun kahwin tak pernah beraya dengan keluarga

 

Di Twitter, seorang isteri berkongsi luahan sedih di mana dia tidak dibenarkan pulang ke rumah keluarga pada hari raya setiap tahun.

Tolong la ustazah

Selama 14 tahun mendirikan rumah tangga, wanita ini berkata suaminya mahu pulang ke Kedah setiap kali hari raya menjelang tiba.

Tambah wanita itu lagi, dia rindu merasai momen gembira bersama keluarganya.

Namun begitu, si suami telah mengugutnya untuk menjatuhkan talak sekiranya berkeras untuk pulang ke pangkuan keluarga.

Suami saya kata kalau saya berkeras nak balik rumah mak saya, raya pertama jatuh talak.

Dah 14 tahun kahwin, tak pernah raya pertama dengan keluarga saya.

Padahal keluarga saya di Kuala Lumpur saja, kami duduk Ampang. Apa salahnya kali ini singgah raya kejap rumah mak saya. Lepas itu balik Kedah.

Saya teringin nak beraya dengan keluarga saya. Mak mentua saya kata, kalau anak-anak tak balik raya pertama mereka anak derhaka.

Saya sedih sangat. Saya cakap dekat suami, kali ini saja. Raya haji balik Kedah. Tapi semua tetap berkeras. Saya rindu suasana raya dengan keluarga saya.

Di akhir perkongsian, wanita ini berkata dia berasa buntu dan memerlukan pandangan daripada seorang ustazah.

Rata-rata netizen yang membaca luahan tersebut turut bersimpati dan berharap wanita berkenaan menemui jalan penyelesaian.