Suami buat laporan polis bengang isteri kahwin tiga senyap-senyap

Suami buat laporan polis bengang isteri kahwin tiga senyap-senyap

 

Seorang lelaki dari Jakarta tidak menyangka isterinya sanggup menikahi lelaki lain tanpa pengetahuannya walaupun masih sah bergelar suami isteri.

Wanita berusia 30-an itu dikatakan menikahi lelaki lain tanpa pengetahuan dan persetujuan suami lapor TribunJatim kelmarin.

Menurut seorang pegawai polis, lelaki tersebut merasa dikhianati kerana isterinya berkahwin lagi secara senyap-senyap tanpa maklumkannya.

Bukanlah kali pertama wanita itu melakukan hal ini malah lelaki terbaru adalah suami ketiga yang dikahwini selepas menunjukkan dokumen perceraiannya.

Walhal dia dan suaminya masih berkahwin sejak tahun 2020 lagi dan tidak pernah bercerai.

Selepas siasatan dilaksanakan, pihak polis mendapati wanita tersebut melakukan perbuatan itu dan dia ditahan di pusat tahanan polis Tulangbawang Barat.

Justeru, wanita itu kini disyaki melanggar undang-undang Indonesia dan boleh dihukum penjara tujuh tahun.

Selepas ini bagi anda yang ingin berkahwin pastikan status pasangan sebelum bernikah, takut juga terkahwin dengan isteri orang.