Suami campak kipas dekat isteri sebab terlambat buat susu anak

Suami campak kipas dekat isteri sebab terlambat buat susu anak

 

Tugas menjaga anak bukanlah sepenuhnya diletakkan kepada bahu isteri, para suami juga perlu membantu sendainya pasangan terlalu penat.

Hanya kerana terlambat membuat susu anak, seorang wanita dicederakan menggunakan kipas oleh suaminya.

Lelaki tersebut kini didakwa di Mahkamah Majistret Melaka, hari ini atas pertuduhan mencederakan isterinya menggunakan kipas, Ahad lalu.

Menurut Kosmo, tertuduh, Shahmoonzhir Mohd. Nazim, 32, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Nabilah Nizam.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan kepada Nor Asikin Mohd Tap.

Kejadian tersebut berlaku di sebuah rumah dalam daerah Melaka Tengah kira-kira pukul 12 tengah malam pada, 1 Oktober lalu.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan dibacakan bersama Seksyen 326A kanun sama.

Difahamkan, tertuduh bertindak membaling kipas terhadap isterinya gara-gara berang apabila mangsa lambat menyediakan susu untuk anak sulung mereka berusia tujuh bulan.

Mungkin tidak tahan mendengar tangisan bayi tapi alangkah lebih baik jika anak tersebut ditenangkan supaya isteri ada masa untuk buat susu.

Lebih senang, buatkan susu buat anak jika lihat terlambat, tambahan pula ditengah malam pastinya mamai selepas bangun tidur.