“Suami depan aku pijak semut pun tak mati, tak sangka ini yang dia buat belakang aku masa outstation”

“Suami depan aku pijak semut pun tak mati, tak sangka ini yang dia buat belakang aku masa outstation”

 

Meskipun sudah berkahwin, ia bukanlah jaminan pasangan kita akan kekal setia dalam perhubungan yang dijalin.

Sejak akhir-akhir ini, kisah perselingkuhan suami banyak didedahkan menerusi media sosial sekali gus menjadi pengajaran buat kita semua.

Paling mengejutkan, mereka sebenarnya licik berselindung di sebalik peribadi mulia.

Ada sedara tanya suami main aplikasi MiChat tak? Phone lelaki takde apa yang mencurigakan

Pahit tapi benar, itulah dugaan yang dihadapi oleh seorang rakan lama kepada TikTokers bernama Zara Zayne ini.

Awalnya, dia dikejutkan dengan sapaan wanita berkenaan menerusi Facebook yang ingin bertanya tentang aplikasi MiChat.

Kecurigaan itu sebenarnya timbul selepas hal berkenaan dibangkitkan oleh saudaranya sendiri.

Dalam MiChat adalah watak sebenar suami…MiChat dah jadi tempat orang ‘berurus niaga’

Berjaya dibuka semula dengan panduan daripada Zara, si isteri amat terkejut mengetahui sisi gelap suaminya yang dianggap sempurna selama ini.

Rupanya jika lelaki itu kerja ke luar negeri, dia akan melanggan wanita pelacur menerusi aplikasi MiChat.

Bukan sekali, bahkan perbuatan jijik itu sudah berkali-kali dilakukan.

Malam tu dah kantoi, suami blah dari rumah…Sangat sedih, waktu tu bulan puasa

Rajin membuat kerja rumah, bukan jenis kaki lepak dan sejenis penyayang kepada anak isteri, siapa sangka lelaki berkenaan tergamak bersikap sebegitu.

Si isteri akhirnya bersemuka tentang konflik berkenaan, namun suami memilih untuk angkat kaki tanpa sebarang penjelasan.

Difahamkan, pasangan terbabit sudah rasmi berpisah.

@zara_zayne1

Member aku izinkan cerita ni dikongsi untuk pengajaran para isteri . bersangka baik ada hadnya ☺️. #fyp

♬ Kau Curangi Aku – Nirwana