Suami enggan lafaz talak, isteri guna kaedah hakam tuntut diceraikan, apa maksudnya?

Suami enggan lafaz talak, isteri guna kaedah hakam tuntut diceraikan, apa maksudnya?

 

Kisah perjuangan Puteri Sarah Liyana memfailkan tuntutan talak terhadap Syamsul Yusof boleh disifatkan ‘membuka jalan’ kepada golongan wanita teraniaya di luar sana.

Pada semalam, dia berkata bakal melantik hakam sekiranya Syamsul masih berdegil untuk melepaskannya.

Hakam adalah prosiding melibatkan orang tengah…Hakam bukan sesiapa je you boleh pilih

Reina Lum yang pernah mempunyai pengalaman sebagai peguam menjelaskan lebih lanjut tentang konsep Hakam.

Ringkasnya, hakam boleh diaplikasikan sekiranya suami masih enggan lafaz talak walaupun sudah ada aduan dan pembicaraan dibuat di mahkamah.

Biasanya Hakim akan melantik ibu bapa kepada suami isteri itu (atau sewaktu dengannya) untuk menjadi hakam bagi berbincang lagi tentang kemelut yang berlaku.

Hakam is a good things…You bincang tapi dengan campur tangan keluarga

Jika proses perbincangan masih gagal juga, saat itulah hakam berhak membuat keputusan untuk melafazkan talak.

Kemudian, mereka boleh membuat laporan dan hantarkan ke mahkamah untuk mengesahkan status perpisahan tersebut.

@reinalum

Replying to @kwon19_ Class Hakam #puterisarahliyana #hakam #syamsulyusof #cerai #undangundangsyariah #viralmalaysia #mahkamahsyariah #puterisarah

♬ original sound – Reina Lum – Reina Lum

Sarah sangat bertuah sebab ada duit, boleh lawan…Kalau orang biasa takde ilmu, masakkkkkk

Meraih hampir setengah juta tontonan, perkongsian ilmu Reina Lum mendapat respon baik netizen. Ini sekali gus membuka mata mereka terhadap cabang melibatkan ilmu-ilmu syariah.

Justeru mereka berterima kasih kerana sepanjang perbicaraan Puteri Sarah berlangsung, netizen belajar banyak istilah baru yang sebelum ini tidak pernah diketahui.