Suami isteri berbangsa Cina ziarah kubur Islam, siap bersihkan kubur & batu nisan, rupanya ini kisah sebenar

Suami isteri berbangsa Cina ziarah kubur Islam, siap bersihkan kubur & batu nisan, rupanya ini kisah sebenar

Di Facebook, seorang wanita berkongsi kisah sedih mengenai kasih sayang seorang ibu dan ayah terhadap arwah anak mereka meskipun berbeza agama.

Meninggal sebab kanser otak

Menurut wanita yang dikenali sebagai Joy Mama Nunai, dia terserempak dengan pasangan tersebut sewaktu menziarahi kubur arwah mak dan ayahnya.

Kisahnya pagi tadi sewaktu kami menziarahi kubur mak dan ayah kami. Terjumpa sepasang suami isteri berbangsa Cina menziarahi salah satu kubur di sana. Mungkin usia mereka sekitar 70-an. Beberapa meter saja dari kubur mak dan nampak jelas apa yang mereka tengah bersihkan kawasan kubur dan batu nisan.

Dicuci segala kekotoran yang ada di batu nisan dengan air meneral yang mereka bawa. Lepas tu pasangan tu seolah bertafakur. Bila selesai mereka memandang ke arah kami dengan senyuman.

Tambah Joy, wanita itu memberitahu bahawa arwah anaknya telah memeluk Islam selepas berkahwin dengan orang Melayu. Bercerita lebih lanjut, arwah meninggal empat tahun lalu disebabkan kanser otak.

Mereka kata selalu datang sini. Gugur juga air mata bila dengar cerita sedih ini. Demi kasih ayah dan ibu pada anak walau anaknya sudah berpindah agama namun kasih mereka tiada berpenghujung. Satu pengajaran pada kami hari ini.

Kasih sayang pada anak tanpa syarat. Al-Fatihah buat arwah anak Cina tu. Lupa tanya nama.