Suami isteri ditahan bantu siasatan kes rogol anak tiri, remaja hilang 2 minggu rupanya akibat trauma

Suami isteri ditahan bantu siasatan kes rogol anak tiri, remaja hilang 2 minggu rupanya akibat trauma

Seorang lelaki ditahan polis bagi membantu siasatan kes rogol anak tiri sehingga menyebabkan mangsa lari daripada rumah disebabkan trauma, bulan lalu.

Suspek yang merupakan seorang pengawal keselamatan didakwa membuat perbuatan terkutuk itu sejak tiga tahun lalu.

Isteri turut ditahan dakwaan bersubahat

Memetik laporan Harian Metro, suspek direman selama tujuh hari bermula 9 April sehingga 15 April ini. Manakala isterinya, iaitu ibu kandung mangsa turut direman untuk bantu siasatan dakwaan bersubahat menyembunyikan perbuatan suspek

rogol anak tiri
Foto: Kosmo! ( Syafeeq Ahmad)

Menurut Ketua Polis Daerah Jasin Deputi Superintendan Ahmad Jamil Radzi, pasangan itu ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2 (Klia2) pada 9.30 malam semalam sejurus tiba dari Sabah.

Kita percaya jenayah yang berlaku adalah dalam pengetahuan si ibu, namun siasatan terperinci masih dilakukan. Suspek lelaki merupakan seorang pengawal keselamatan, manakala isterinya peniaga nasi lemak.

Penahanan itu dibuat selepas mangsa yang merupakan pelajar Tingkatan Empat membuat laporan di IPD Jasin pada 6 April lalu.

Jelas Ahmad Jamil, kes ini disiasat mengikut Seksyen 376B dan Seksyen 109 Kanun Keseksaan.

Dalam laporan media terdahulu, seorang remaja perempuan didapati hilang dari rumahnya terletak di Jasin Melaka selama dua minggu namun ditemui selamat di Perak.