Suami isteri kucup dahi sebelum masuk Mahkamah Syariah, nampak ‘sweet’ tapi ada kisah di sebaliknya
Kata orang, fasa 5 tahun pertama perkahwinan memang penuh dengan dugaan.
Tidak kira selama mana pun bercinta dan mengenali hati budi pasangan, ketika inilah tahap kematangan serta kesabaran diuji pada titik yang tertinggi.
Namun andai takdir Allah lebih hebat, ada yang terpaksa berpisah demi kebaikan bersama persis kisah di bawah.
Terdapat 3 video yang pernah naik FYP
Menerusi TikTok @Gadis Kemboja, sebelum ini videonya pernah beberapa kali naik ke FYP memaparkan perjalanan suaminya yang bekerja dalam unit beruniform.
Siapa sangka baru 3 tahun 10 bulan mendirikan rumah tangga, takdir jodoh mereka terhenti setakat ini sahaja.
3 April 2023…Kami pilih untuk pergi cara baik tanpa bermusuh
Namun paling menghibakan, kedua-duanya sangat matang memilih berpisah secara baik dan bukannya mencetuskan onar seperti sesetengah pasangan lain.
Saat berada dalam kereta, mereka sempat bersalaman dan mengucup dahi masing-masing sebelum melangkah masuk ke mahkamah syariah untuk menamatkan ikatan sebagai suami isteri.
https://www.tiktok.com/@hvsnani/video/7217702085863705861
Kami sendiri request buat video sweet, padahal kat luar berperang…Kami dah 5 bulan bermusuh
Walaupun segelintir netizen beranggapan kedua-duanya tidak seharusnya berpisah kerana dilihat masih mesra, hakikatnya kemelut yang dilalui sudah berlarutan lama.
Bukanlah tidak cuba untuk memperbaiki keadaan, namun pastinya hanya mereka saja tahu keputusan terbaik yang dibuat ini.