Suami jerit dekat isteri buat satu pasaraya tergamam, “Oii gemuk, kau jangan nak panggil aku sayang kat sini ya!”

Suami jerit dekat isteri buat satu pasaraya tergamam, “Oii gemuk, kau jangan nak panggil aku sayang kat sini ya!”

 

Kunjungan ke pasar raya untuk membeli barang keperluan bertukar menjadi ‘tragedi’ buat seorang wanita.

Hanya dapat dilihat di depan kaca televisyen, wanita itu tidak percaya dengan apa yang berlaku di depan matanya.

Kejadian tersebut kemudian dikongsikan oleh wanita yang dikenali sebagai Sarie itu di akaun Facebook miliknya.

Di depan Sarie, kelihatan seorang ibu mengandung sedang mendukung bayi sambil memimpin anak kecilnya yang lain.

Sang ibu itu meminta suaminya yang berlenggang untuk menjaga anaknya sebentar kerana mahu membeli barang.

Permohonannya dipandang sepi, ibu itu meminta pula suaminya untuk mengambil bayi mereka sebelum lelaki itu tiba-tiba menengking isterinya.

“Oii gemuk, kau jangan nak panggil aku sayang kat sini ya. Geli aku dengar, kalaulah aku tahu kau boleh jadi gemuk macam ni lepas kahwin.

“Memang aku takkan kahwin dengan kaulah, menyusahkan aku sahaja,” tengking lelaki itu kepada isterinya.

Malu apabila semua orang di pasar raya memandang, ibu itu terus mengambil anak-anaknya keluar dari pasar raya tersebut.

“Aku ingatkan dalam drama pukul 7 je, sedih sungguh bila teringatkan reaksi isterinya itu,” kesal Sarie.