Suami kena ‘prank”, lelaki ini betul-betul dapat makan luar rumah dengan ‘view’ cantik

Suami kena ‘prank”, lelaki ini betul-betul dapat makan luar rumah dengan ‘view’ cantik

 

Seorang wanita yang sering muat naik video kelakar di TikTok sengaja mengacau suaminya sendiri dengan permainan pilih kertas.

Pilihan yang diberikan @SatthiyaKandi adalah sama ada mahu makan di rumah atau makan di luar.

Suaminya memilih kertas yang bertulis ‘makan di luar’, senyuman terukir di wajahnya pasti gembira tertunggu isteri bawa makan.

Video tersebut kemudian beralih ke arah pemandangan cantik di luar bangunan, rupa-rupanya wanita itu ‘prank’ suami dengan meletakkan kerusi di luar rumah.

@satthiyakandi

😜😜😜

♬ Funny lazy donkey (hilarious song)(937200) – LEOPARD

Rata-rata warganet juga tertipu dengan pemandangan yang cantik dan hanya mampu tergelak melihat video tersebut.

“Terbayang dah tadi makan di restoran, rupanya makan kat luar rumah je, nasib badan,” komen @Fazsney6864.

“Hahahaha, ingat pergi restoran lima bintang tadi, pemandangan cantik dah,” tambah pengguna lain.

Hal kecil inilah yang menguatkan hubungan pasangan, lawak kecil yang pastinya menghibur hati.