Suami minta cerai di malam pertama bila tengok muka sebenar isteri tanpa makeup

Suami minta cerai di malam pertama bila tengok muka sebenar isteri tanpa makeup

 

Seorang lelaki China bernama Cao pada awalnya bertemu dengan pasangannya, Trang, melalui media sosial.

Ketika itu, Cao berusia 30 tahun dan Trang, 47 tahun.

Walaupun jarak usia mereka jauh di mana Trang 17 tahun lebih tua daripada Cao, hal itu tidak menghalang Cao untuk menjadikan wanita itu sebagai kekasihnya.

Pada pertemuan pertama, Trang kelihatan begitu cantik dengan penampilannya di mata Cao yang melihatnya masih muda berbanding usia. Sejak dari itu, Cao mencurahkan perasaan kasih sayangnya dan kepercayaan terhadap Trang.

Setelah usia hubungan mereka mencapai tempoh matang, Cao mengambil keputusan untuk melamar Trang. Perkahwinan mereka dibuat secara sederhana di kampung. Ketika itu mereka belum mendaftar perkahwinan mereka secara rasmi, tetapi bagi penduduk kampung, mereka sudah menjadi suami isteri.

Pada malam pertama, Cao merasakan dirinya lelaki yang paling bahagia di dunia kerana dapat memiliki Trang. Namun perasaan itu terbantut apabila dia melihat isterinya membersihkan muka, sekali gus menunjukkan wajah sebenar wanita itu tanpa solekan.

Rupa-rupanya setiap kali pasangan itu berjumpa, Trang selalu mengenakan solekan pada wajahnya sehingga dia kelihatan berbeza dengan wajahnya yang sebenar.

Merasakan dirinya tetipu, pada malam itu juga Cao memaklumkan dia mahu bercerai dan mengusir Trang daripada rumahnya. Trang cuba memberi penjelasan bahawa dia berbuat demikian kerana mahu kelihatan cantik seperti wanita lain.

Tetapi Cao yang berasa sangat kecewa tetap tidak berganjak dengan keputusannya, membuatkan Trang berasa kecea dan memberi lelaki itu dua pilihan sama ada mahu mendaftarkan perkahwinan mereka atau terus hidup bersama tetapi akan bercerai dengan syarat Cao membayar ganti rugi 200,000 Yuan (RM130,000).

Cao tidak dapat menerima syarat tidak masuk akal itu lalu meminta bantuan pihak berkuasa untuk menyelesaikan masalah tersebut. Tidak diketahui sama ada pasangan itu sudah bercerai atau sebaliknya.