“Suami mula tidur asing, aku ibarat janda gersang di rumah sendiri, aku mula pasang jejak, check HP dia, rupanya suami aku pemuas nafsu sejenis”

“Suami mula tidur asing, aku ibarat janda gersang di rumah sendiri, aku mula pasang jejak, check HP dia, rupanya suami aku pemuas nafsu sejenis”

 

Assalamualaikum dan salam sejatera.

Kisah ini kisah benar yang aku suratkan buat pedoman rakan pembaca.

Lama juga baca luahan dari berbagai wanita tapi ada satu luahan yang mendorong aku mencoret secebis kisah duka diriku.

Luahan itu datang dari Kak DAHLIA PURPLE, (baca dibawah).

Bila baca luahan tu aku rasa seperti cerita aku yang dicoretkan. Hurmm I’m not lonely.

Aku seorang penjawat awam yang berjawatan agak tinggi, berumur 40an. Ibu kepada 4 orang anak yang meningkat dewasa. Perempuan 16 dan 15 tahun, lelaki 12 dan 10 tahun.

Usia perkahwinan aku menjejak 17 tahun tahun ni. Nampak macam lama kan tapi siksaan mentali yang aku terima dah lebih 5 tahun.

2016 suami mula tidur asing. Dia di depan tv dan aku dalam bilik.

Masuk tahun ketiga tidur berasingan aku mula terfikir apa salahku.

2019 terbongkar segala galanya, hati tergerak nak tengok hp suami.

Nah!! suami aku pemuas nfsu sejenis. Patutlah tak ghairah melihat aku.

Aku pasang jejak.. screensh0t semua gambar jijik dia dan perbualan yang memualkan.

Aku masih berlagak seperti biasa sehinggalah suami kata dia perlu ke luar negeri untuk mencari pekerja asing untuk company dia.

Aku lepaskan dia pergi dengan hati yang berat sekali kerana instinct aku mengatakan dia bukan pergi kerana kerja.

Sebelum dia sampai ke airport aku dapatkan pengesahan dari pejabat dan ternyata dia menipu aku untuk kesekian kalinya.

Dia bercuti ke Indonesia selama 3 hari bersama rakan se-songsangnya. Dasar jantan tak guna!!

Sebaik dia sampai disana aku luahkan segala yang terbuku didada melalui wasap.

Perbuatan jijik lagi terkutuk menyerupai kaum Nabi Luth.

Menangis jangan cakaplah.. takder masa yang aku tak menangis.

Tak boleh lena. Asyik terjaga dan dia hanya maklumkan kali ni saje balik nanti dia akan bertaubat dan bawa kami sekeluarga menunaikan Umrah.

Astaghfirullah.. Langsung tak takut dengan bala dari Allah.

Tindakan pertama aku sebelum dia kembali ke tanah air adalah membuat ujian drah. Alhamdulillah aku bebas dari H.I.V.

Dia??

Sebaik sampai ke tanah air aku minta dia lepaskan aku. Aku minta dia buat ujian drah dan ternyata dia telah dihukum di dunia ini dengan keputusan drahnya Positif H.I.V

Dan aku terduduk menangisi, bangun setiap malam bertaubat seolah olah aku yang melakukan dosa itu. Mohon Allah berikan petunjuk.

Rujuk Psikitri Doktor sarankan berpisah, rujuk pejabat Kadi Ustazah sarankan berpisah, malah rujuk Ustazah juga sarankan berpisah.

Aku?? Aku terima dia semula kerana aku redha dengan ujian ini.

Setiap kali bangun malam solat taubat aku ajak dia sekali.

Aku nak bimbing dia kembali ke jalan Allah. Aku nak bawa dia bersama sama ke syurga Allah.

Selepas 4 tahun berlalu aku masih curigai dia walau kemana pun dia pergi. Dan dia mula sisihkan aku seperti dulu.

HP sekarang dan di lock dengan cap jari. Hati berkata masih banyak lagi dia berahsia pada ku.

Dia lelaki Narsistik. Tidak merasa kesalahan yang berlaku berpunca dari dia.

Sedekah hari Jumaat tapi peralatan rumah rosak tak pernah sekali pun dia nak tolong belikan.

Aku??

Ibarat janda di rumah sendiri. Di buat seperti tidak wujud. Dunia dia setiap kali balik kerja adalah hp dan tidur depan tv.

Peluk? Cium? Takder dah..

Dirumah hanya ada ibu dan ayah, tapi tiada suami dan isteri. Hargai pasangan sudah lama tiada dalam episod hubungan kami.

Masuk hari ini 26hb Feb sudah sebulan aku tak bercakap dengan dia.

Dia?? Buat macam takder apa yang berlaku. Lakukan tugas harian macam biasa.

Setelah sekian lama memendam rasa dan berpura pura bahagia di hadapan keluarga aku dan keluarga dia. Kali ini aku nekad.

Perpisahan adalah jalan yang terbaik. Air mata sudah lama kering. Tawar hati dan penat!

Aku failkan pencerraian. NEKAD. NOKTAH. 28Feb ini adalah tarikh pencerraian secara baik di Mahkamah.

Aku berharap dia segera keluar dari rumah aku.

Sudah sampai masanya aku fikirkan masa depan aku dan anak anak sebelum kami pula dijangkiti virus.

Buat semua pembaca aku mohon titipkan doa buat ku dan anak anak agar kuat menghadapi semua ini.

Allah Maha Pengasih lagi Maha Mengasihani.

Tidak berlaku sesuatu yang tertulis tanpa hikmah disebaliknya. Tiada kekuatan melainkan kekuatan Allah.

Allah sebaik baik Perancang. Allah yang mendatangkan ujian, ku kembalikan ujian ini kepada Penciptanya.

Sampai sini saje episod hubungan kami dan AKU REDHA..

Reaksi Warganet

NuRaz Wan –
Macam biasa., saya tidak fikir orang akan berubah kerana orang lain mahu dia berubah.

Kalau dah jadi sarang virus H1V pun, dia tidak insaf. Saya tak fikir lelaki ini akan insaf.

Bila dosa besar selalu dilakukan berulang ulang, pelakunya tidak lagi rasa beban dosa itu.

Bila rasa bersalah sudah luput dari hati, itu petanda semakin jauh dan jauh dari rahmat Allah.

Sepatutnya tt dengar nasihat ustaz/ah dari awal. Kerana mereka tentu dah biasa hadapi orang yang macam suami tt dan sudah dapat mngagak kesudahan yang mungkin berlaku.

Aini Rahim –
Tahniah puan buat keputusan yang tepat. Semoga kahidupan puan dilimpahi rahmat Ilahi.

Semoga jadi teladan kepada manusia akhir zaman ni.

Semoga keturunan kita dijauhi kaum kaum begini. Aaamiinn.

Nauzubillahhiminzalik takut tempias bala. kisah Nabi Luth pun dibuat jenaka. Kumpulan yang makin diterima masyarakat. Makin terbuka

Cikmah MeeSee –
Tidak berlaku sesuatu yang tertulis tanpa hikmah disebaliknya. Tiada kekuatan melainkan kekuatan Allah.

Allah sebaik baik Perancang. Allah yang mendatangkan ujian, ku kembalikan ujian ini kepada Penciptanya.

Sumber – DUKAku (Bukan nama sebenar) via IIUMC