Suami orang kantoi ‘skodeng’ perempuan dalam tandas, siap pakai tudung lagi

Suami orang kantoi ‘skodeng’ perempuan dalam tandas, siap pakai tudung lagi

 

Sebelum ini, banyak kes telah dilaporkan berhubung lelaki melakukan perbuatan tidak senonoh dengan mengintip wanita di dalam tandas awam.

Lebih mengerikan, ada yang sanggup berpakaian seperti wanita semata-mata untuk melihat dan merakam aurat wanita lain.

Semalam tular di media sosial X, seorang lelaki yang didakwa suami orang kantoi mengintip wanita di dalam tandas.

Kejadian tersebut dipercayai terjadi di tandas awam di sebuah pusat beli-belah yang terletak di Johor.

Kantoi 1 2

Dalam video tersebut, lelaki yang didakwa suami orang itu berpakaian seperti wanita dengan mengenakan tudung sarung dan kasut perempuan bagi mengelakkan identitinya diketahui orang lain.

Bukan itu sahaja, lelaki terbabit juga memakai inai berwarna merah di jari kaki.

Selain itu, video yang tular tersebut turut merakam seorang wanita yang tidak henti-henti memaksa lelaki itu memberikan password telefon pintarnya selepas ianya dirampas.

Selepas password diberikan, lelaki itu meminta orang awam di situ melepaskannya disebabkan rasa malu yang menebal.

Tahu malu? Kau masuk tandas perempuan, kau ingat perempuan tu tak malu?

Setelah kantoi, lelaki pervert yang berstatus suami orang itu juga disuruh oleh seorang lelaki untuk memakai semula tudung yang digunakan ketika melakukan perbuatan tidak senonoh itu.

Siap tudung, berjanggut.. masuk tandas perempuan.. rakam gambar.. kau nak jadi apa?

Dia walau bagaimanapun mengaku dirinya tidak berapa waras pada hari itu. Menurut mStar, lelaki terbabit didakwa menyimpan lebih 40 video di dalam telefon pintarnya.

 

Setakat artikel ini ditulis, belum ada kenyataan rasmi daripada pihak polis berhubung kejadian.

Menjengah di ruangan balas, ramai netizen marah dan kesal dengan perbuatan lelaki terbabit lebih-lebih lagi dia adalah suami orang.

Kantoi 2

Kantoi 3 2