Suami paksa isteri berjimak, adakah itu rogol dalam perkahwinan

Suami paksa isteri berjimak, adakah itu rogol dalam perkahwinan

 

Sebelum anda fikir mengarut, baca kisah isteri ini yang dipaksa suami dengan rakus setiap hari dan 2 hari selepas bersalin. Apa itu rogol dalam perkahwinan?

Rogol dalam perkahwinan?

Rogol dalam perkahwinan. Ramai yang tidak tahu tentang hal ini.

Sebelum anda merasakan terma ini mengarut, baca dulu kisah tragik di bawah.

(Nama pengadu disembunyikan atas permintaan)

Hanya selepas lebih banyak kes seumpama ini dipaparkan di televisyen, barulah saya sedar yang saya mungkin salah seorang mangsa rogol dalam perkahwinan.

Saya seorang gadis dari perkampungan kecil dan saya adalah dari keluarga yang mementingkan akademik.

Ayah merupakan seorang guru di sebuah sekolah kampung dan saya telah menamatkan graduasi di universiti yang lebih kurang 50km dari kampung saya di tengah Bihar, India.

Gadis-gadis dalam komuniti saya menjalani kehidupan yang terlindung…

hisap kemaluan

Gadis-gadis dalam komuniti saya menjalani kehidupan yang terlindung.

Jadi untuk ada kawan lelaki atau keluar bersama teman lelaki adalah tidak wujud.

Kami membesar dalam keadaan yang ditindas. Jadi saya dan kawan saya menganggap perkahwinan adalah mempunyai pasangan semasa tidur dan ia membuatkan kami rasa seram sejuk.

Anda perlu faham, yang tiada seorang pun di antara kami berenam (kumpulan saya) pernah disentuh oleh lelaki.

Secara semulajadi, selepas berkahwin, kawan-kawan saya akan bergurau dan mengejek saya tentang malam pertama saya.

Apabila saya memberitahu mereka yang suami saya seperti suka sangat mendesak kerana ingin melakukan hubungan intim sehingga empat kali pada malam yang sama, mereka semua hanya ketawa.

Mereka kata yang saya harus bersyukur kerana suami saya mempunyai “selera” yang bagus.

Suami Sering Paksa Saya Berhubungan Intim, Adakah Ini Rogol Dalam Perkahwinan?

Semakin masa berlalu, saya terfikir adakah saya betul-betul beruntung.

Memang suami saya mempunyai selera yang besar untuk seks.

Dia berkeras untuk kami bersama setiap hari, kadang kala di waktu pagi di mana saya sibuk dan kelam kabut kerana saya perlu memberi bayi berusia enam bulan minum susu.

Enggan memakai pelindung

Bukan itu sahaja, dia enggan memakai pelindung menyebabkan saya yang terpaksa makan pil-pil perancang kehamilan.

Kalau hari saya penat dan tiada mood untuk seks, dia memberitahu saya untuk menutup mata dan baring saja sementara dia memuaskan dirinya.

Dan pada hari saya datang haid, dia akan jadi biadap dan sering marah. Kadang-kala dia tetap mahu bersama dengan saya kemudian merungut tentang haid.

Dia juga langsung tidak mengambil berat tentang kesihatan saya.

Semasa saya melahirkan bayi kami, doktor memberi nasihat untuk tidak melakukan hubungan intim kerana luka jahitan.

Namun dia hanya boleh bersabar selama 2 hari sebelum mengadakan hubungan seks semasa saya sedang sakit dan masih berdarah.

rogol dalam perkahwinan

Kemudian selama sebulan dia sering marah-marah akibat tidak dapat memuaskan diri sendiri kerana saya masih berdarah.

Saya mengadu dengan doktor wanita di klinik, kerana saya rasa sungguh lemah dan tidak bermaya hingga saya menangis semasa kami mengadakan hubungan seks.

Doktor telah menyarankan saya untuk mengambil kalsium bagi mengurangkan rasa sakit semasa mengadakan hubungan seks.

Dia juga menyarankan saya mengambil madu dan air kelapa sebelum tidur kerana ini akan membantu mood saya.

Hal ini telah berlarutan selama dua tahun dan memikir tentang seks membuatkan saya murung.

Dia hanya menyuruh saya turut menikmati seks bersama dengannya kerana ramai suami lain yang memilih untuk mendapatkan kepuasan seperti ini di luar perkahwinan.

Patutkah saya bertahan dengan ini, kerana risau suami saya akan mendapatkan kepuasan di luar?

Adakah anda rasa yang ini adalah rogol dalam perkahwinan? Apa yang patut saya lakukan? Tolong saya!

The AsianParent Malaysia