Suami sibuk memancing, isteri pula layan laki orang jiran sebelah rumah

Suami sibuk memancing, isteri pula layan laki orang jiran sebelah rumah

 

Mempunyai hobi yang berlainan membuatkan pasangan suami isteri ini sering berselisihan faham walaupun berkongsi kerjaya yang sama.

Keduanya merupakan seorang guru, sang suami lebih gemar menggunakan masa terluangnya dengan aktiviti memancing.

Manakala, si isteri pula lebih suka melibatkan diri dengan kegiatan di kawasan perumahan anjuran surau atau sebagainya.

Namun siapa sangka, pergaulan dengan jiran setempat boleh menggoyahkan rumah tangga pasangan yang mempunyai dua orang anak itu.

Semuanya bermula dengan niat ‘baik’ wanita itu yang sering menghantar lebihan masakan kepada jiran sebelah rumah yang dikenali sebagai ‘M’.

Menurutnya, M sebenarnya sudah berumah tangga dan mempunyai tiga orang anak, namun isterinya jarang memasak di rumah.

Malah, M yang lebih gemar dan sering memasak di dapur, oleh itu mereka sering berkomunikasi di Whatsapp untuk berkongsi resipi.

“Entah bila bermula, kami juga mula berkongsi tentang masalah masing-masing seperti masalah kerja, dan anak-anak.

“Tanpa disedari, kami telah menjalinkan kemesraan di luar batas jiran! Kami berdua saling menyayangi. Pernah kami cuba tepis perasaan itu namun tak berjaya.

“Saya sedar saya berdosa kerana menduakan suami. Tapi bagaimana saya boleh tepis perasaan ini sedangkan setiap hari kami akan bersua muka?,” soalnya.

Meminta pendapat untuk menyelesaikan masalah, wanita itu kini buntu untuk mencari jalan keluar dari perangkap cinta terlarangnya itu.

Semoga wanita itu diberikan petunjuk dari yang Maha Esa untuk membuat keputusan yang tepat dan memperbaiki hubungannya bersama suami.