Suami tak bagi perhatian, wanita ‘tumpang kasih’ dengan rakan sekerja berstatus laki orang

Suami tak bagi perhatian, wanita ‘tumpang kasih’ dengan rakan sekerja berstatus laki orang

 

Semakin banyak isu kes curang apatah lagi di pejabat walhal kebanyakan mereka sebenarnya sudah berkeluarga.

Tindakan seorang wanita yang membuat pengakuan terjatuh hati kepada rakan sekerja menaikkan kemarahan netizen.

Hanya kerana lelaki tersebut ‘caring’, wanita itu mula terjatuh hati padahal sudah berstatus isteri orang malah lelaki tersebut juga sudah mempunyai isteri dan anak.

“Aku crush kat sorang lelaki kat pejabat aku kerja sekarang. Dia ni lemah lembut, bijak, lepastu kacak. Masalahnya, dia suami orang tau.”

Tidak hanya itu, dia juga meluahkan rasa sukar untuk membuang perasaan tambahan lelaki tersebut kini dipindahkan ke jabatan yang sama dengannya.

“Sekarang ni pula, kami dah jadi satu jabatan. Lepas tu dia akan tegur; “Dah makan?”, “Sihat?”, “Kalau penat pergilah tidur dulu kat surau”. Dia memang caring macam tu.

Cemburu dengan isteri rakan sekerja

Tak cukup dengan jatuh hati, wanita tersebut membandingkan pula suaminya dengan lelaki tersebut.

Malah wanita tersebut cemburu dengan layan yang diterima isteri kepada rakan sekerjanya itu.

Netizen mula membanjiri ciapan tersebut dengan meningatkan wanita tersebut membetulkan niatnya ke kerja untuk mencari rezeki dan bukannya bercinta.