“Suara Dato mengganggu syaitan yang diikat di bulan Ramadan, menggelupur mereka” – Wak Doyok

“Suara Dato mengganggu syaitan yang diikat di bulan Ramadan, menggelupur mereka” – Wak Doyok

 

Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri meluahkan rasa kecewa apabila rakyat Malaysia tidak pandai menilai bakat yang dimilikinya selepas menerima kecaman hebat daripada warganet.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Aliff di laman Instagramnya, penyanyi yang berusia 36 tahun itu menegaskan mempunyai suara yang unik seperti penyanyi Michael Jackson dan semua orang perlu akur dia adalah artis nombor satu di Malaysia.

“Apa salah saya awak, sok dah nak lancarkan ni awak. Ramai rakyat Malaysia tak pandai menilai seni suara. Suara saya unik macam Michael Jackson.
“Mohon terima dan akur saya artis nombor satu Malaysia, suara saya sedap dan merdu. Muktamad,” ujarnya di ruangan kapsyen.

Bagaimanapun, perkongsian tersebut telah mendapat maklum balas daripada ikon fesyen dan pelakon Wak Doyok yang mengatakan pelancaran lagu terbaharunya itu tidak salah.

Akan tetapi, respon Wak Doyok atau nama sebenarnya Mohd Azwan Md Nor yang meluahkan rasa bimbang jika lagu usahawan tersebut bakal menganggu syaitan yang diikat di bulan ramadan telah berjaya menghiburkan ramai.

“Salah tu memang tak salah Datuk, tapi suara Datuk tu menganggu syaitan yang diikat di bulan ramadan, menggelupur mereka,” selorohnya di ruangan komen.

Bukan masalah suara, tapi jaga adab

Susulan itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menganggap suara Aliff tidak lah teruk seperti yang difikirkan namun, dia perlu menjaga adab serta kandungan yang terdapat dalam muzik video lagu tersebut.

Tolong hormat bulan ramadan

Bukan itu sahaja, ramai yang meminta agar Aliff menghormati bulan ramadan yang penuh dengan keberkatan serta ada yang memberi pendapat supaya dia membuat perkara yang mendatangkan faedah.