Subahan perlu tampil jelaskan kontroversi isu sumbangan TMJ kepada Selangor FC
PEMILIK Johor Darul Ta’zim, Tunku Ismail Sultan Ibrahim memaklumkan beliau memberi bantuan kepada pasukan Selangor ketika skuad Gergasi Merah dipimpin bekas Presidennya, Datuk Seri Subahan Kamal.
Tunku Mahkota Johor (TMJ) menjawab kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC, Dr Johan Kamal Hamidon yang pasukan itu sebelum ini tidak pernah menerima apa-apa bantuan daripada pasukan lain.
“Saya memberi bantuan pada masa Dato Subahan dulu. Zaman Selangor masih hebat dan champion.
“Sekarang ni semenjak Raja Muda Selangor ambil alih dengan pakar-pakar bola sepak tanah air, dan terima banyak bantuan duit daripada kerajaan, maka mereka tak perlu bantuan. Syabas saya ucapkan,” ciap TMJ menerusi Twitter.
Saya memberi bantuan pada masa Dato Subahan dulu. Zaman2 Selangor masih hebat dan champion. Sekarang ni semenjak Raja Muda Selangor ambil alih dgn expert2 bola sepak tanah air, dan terima banyak bantuan duit daripada kerajaan maka mereka tak perlu bantuan. Syabas saya ucapkan. https://t.co/qmzUzMrbIo
— HRH Crown Prince of Johor (@HRHJohorII) March 21, 2022
Semalam Johan Kamal menjelaskan sejak kehadiran Tunku Amir Shah yang mula menerajui Selangor pada Julai 2018, Selangor FC tidak pernah menerima dana daripada pesaing-pesaing Liga Malaysia.
Menurut Johan, Selangor FC menyuntik dana pasukan hasil daripada tajaan penaja rasmi serta keuntungan daripada aktiviti pengkomersialan yang dibuat pasukan.
Beberapa hari lalu, Tunku Ismail Idris dilaporkan berkata baginda pernah membantu banyak pasukan dalam saingan Liga Super yang mempunyai masalah kewangan.
Ia melibatkan lima pasukan iaitu Selangor, Kelantan, Perak, Penang dan Melaka.