“Sudah ambil kita sebagai penaja kenalah pandai jaga..” – Boss Susu terkilan, bayar juta-juta taja All Star Gegar Vaganza tapi iklan kena potong

“Sudah ambil kita sebagai penaja kenalah pandai jaga..” – Boss Susu terkilan, bayar juta-juta taja All Star Gegar Vaganza tapi iklan kena potong

 

Sejak tahun 2019, kumpulan Farm Fresh Berhad menjadi penaja utama bagi program hiburan terbitan Astro, Gegar Vaganza. Selama empat tahun itu juga, kehadiran penaja ini mengisi slot program tersebut mendapat reaksi positif penonton yang menyenangi sikap beliau.

Namun, timbul persoalan menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Pegawai Operasinya, Azmi Zainal yang dilihat seolah-olah kecewa dan berkecil hati dengan pihak produksi selain berasa tertekan dengan situasi mengendalikan tajaan program hiburan itu pada kali ini.

“GV kali ni aku stress gila, takkan nak pantun je untuk klip aku yang 1 minit tu. Orang pun bosan, Dewan Bahasa pun bosan nanti. Bukan senang nak jual susu ni. Aku ada 1 minit je untuk capture attention enam juta penonton. Dah la minggu lepas klip aku kena potong, hangin satu badan aku masa konsert tu.

“Lepas je segmen aku tu habis, korang tak nampak aku kat seat lagi kan, aku ke operation room minta penjelasan,” tulisnya.

Azmi turut menjelaskan, pihaknya menaja GV semata-mata untuk mempromosikan bisnes Farm Fresh bukan untuk mengejar populariti.

“Pejam celik dah nak sampai minggu kelima. Minggu ni dah nak fikir nak buat apa. Bagi aku klip 1 minit tu sangat berharga tu yang aku cakap dengan orang Astro, support la. Jangan la anggap klip aku tu picisan dalam konsert ni. Buat acuh tak acuh je.

“Dah ambik kita jadi sponsor kena pandai la jaga sponsor. Aku taja sebab bisnes untuk naik kan sale bukan untuk aku glamour. Nak bayar juta-juta kat Astro, aku kena perah nenen lembu aku bukan aku petik daun tepi jalan,” tulisnya.